Jumaat, 10 Mei 2013

Replika keranda depan pejabat SPR simbol kematian demokrasi


Oleh Sidiqin Omar

PUTRAJAYA : Kira-kira 200 aktivis mahasiswa termasuk NGO berhimpun di hadapan Ibu Pejabat Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) di Putrajaya lepas solat Jumaat bagi membantah keputusan Pilihan Raya Umum ke-13.

Mereka yang berpakaian hitam itu turut mengusung dua replika keranda, simbol kematian demokrasi yang diarak sehingga ke pintu utama ibu pejabat SPR.

demo

Namun, pengawal bertugas menghalang kumpulan tersebut yang tiba kira-kira jam 2.30 petang tadi dan segera menutup pagar utama.

Hanya lima orang wakil dari kumpulan tersebut dibenarkan masuk untuk menyerahkan memorandum kepada wakil Pengerusi SPR di lobi pejabat SPR.

Antara kandungan memorandum ialah rakyat menolak keputusan PRU 13, mendesak Pengerusi SPR meletak jawatan dan pilihan raya diadakan semula.

Sementara itu, kumpulan berbaju hitam tersebut berhimpun di luar pagar dan membawa sepanduk ‘Kami Mahu Pengerusi SPR Letak Jawatan’, ‘SPR Jelaskan Pengundi Hantu, Peti Undi Hantu & Blackout’ selain melaungkan slogan ‘SPR Tipu’, ‘Bangkit Rakyat’.

Kira-kira 50 anggota polis beruniform dan preman disertai tujuh anggota Unit Light Strike Force (LSF) yang dilihat mengawal keadaan, namun tidak ada sebarang kejadian tak diingini berlaku.

Tiada ulasan: