Khamis, 2 Mei 2013

KEADILAN optimis menang semua kerusi di Pahang

Oleh Aliff Fikri

PAHANG : KEADILAN Pahang optimis untuk menang keseluruhan kerusi yang dipertandingkan, sekaligus membantu Pakatan Rakyat ke Putrajaya selepas 5 Mei.

pahang-flag

Pengerusi KEADILAN Negeri, Datuk Fauzi Abdul Rahman berkata, penerimaan baik setakat ini terhadap kesemua calon KEADILAN Pahang merupakan petunjuk perubahan bakal tercetus di negeri itu.

KEADILAN bertanding di lima kerusi Parlimen dan 14 kerusi DUN di Pahang. PRU 12, KEADILAN berjaya memenangi dua kerusi Parlimen, manakala Pakatan Rakyat pula berjaya memenangi empat kerusi.

Katanya, kerusi-kerusi di kawasan luar bandar turut menampakkan perkembangan positif apabila penduduk menyatakan sokongan terhadap KEADILAN.

“Di kawasan-kawasan seperti Kuala Lipis dan Jerantut, sokongan dari rakyat juga begitu hebat,” katanya yang juga calon KEADILAN di Parlimen Indera Mahkota.

Menurutnya, kerusi ditandingi KEADILAN di Paya Besar yang diwakili peguam muda, Murnie Hidayah Anwar misalnya berpotensi untuk dimenangi, berdasarkan penolakan rakyat terhadap calon BN, Datuk Abdul Manan.

Beliau turut yakin calon KEADILAN di Parlimen Pekan, Fariz Musa mampu memberi tentangan paling sengit terhadap Perdana Menteri sementara, Datuk Seri Najib Razak, sekurang-kurangnya menurunkan majoriti.

“Jika majoriti undi tersebut berjaya dikurangkan ia merupakan satu kemenangan untuk Pakatan Rakyat,” kata Fauzi.

Tiada ulasan: