Rabu, 22 Mei 2013

Himpunan Kesyukuran PR Di Hadapan Amcorp Mall Esok


tony-pua

SHAH ALAM  : Pakatan Rakyat (PR) akan meneruskan bantahan terhadap PRU13 yang tidak bersih dan adil, tegas Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua.

Justeru, DAP Wilayah Persekutuan dan Selangor akan menganjurkan satu Himpunan Kesyukuran Pakatan Rakyat seperti berikut:

Tarikh: 23hb Mei 2013 (Khamis)
Masa: 7 malam
Tempat: Padang Timur, Petaling Jaya (hadapan Amcorp Mall)

“Kami juga ingin mengucapkan terima kasih kepada pengundi-pengundi kerana memberikan sokongan yang cukup hebat kepada Pakatan Rakyat di Wilayah Persekutuan dan Selangor.

“Pakatan Rakyat bukan sahaja berjaya mempertahankan kuasa di negeri Selangor, kami telah meningkatkan jumlah kerusi dan juga majoriti yang diperolehi oleh calon-calon kami,” kata Tony dalam satu kenyataan media.

Turut diundang sebagai penceramah ialah Lim Kit Siang, Nurul Izzah Anwar, Khalid Samad, Zaid Ibrahim, Tamrin Ghafar, Teresa Kok, Teng Chang Khim, Tan Kok Wai dan lain-lain.

“Kami juga ingin mengucapkan terima kasih kepada polis kerana akan memberikan kerjasama untuk menjalankan ini.

“Polis akan membantu mengawal trafik. Bagi mengurangkan kesesakan jalanraya lagi, kami menggalakkan para hadirin menggunakan sistem LRT Taman Jaya,” ujar Tony

Tiada ulasan: