Jumaat, 3 Mei 2013

DAP dakwa ada pengundian 2 kali di kem



 
Calon DAP bagi kerusi Canning, Perak Wong Kah Woh mendakwa insiden pengundian dua kali berlaku semasa proses pengundian awal oleh tentera di kawasannya semalam.

Ketua Pemuda Sosialis DAP itu berkata, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) membenarkan pegawai keselamatan membuang undi dua kali di pusat pengundian Kem Syed Putra Batalion Kedua Rejimen Renjer Diraja.

Dalam sidang media semalam, Wong mendakwa, perkara itu disedari oleh kedua-dua agen pengundian Pakatan dan BN apabila pada jam 3.30 ketika seorang pegawai tentera datang untuk mengundi.

"Ketika kami mahu mendaftar bantahan kami, seorang pegawai berkata namanya tidak ditanda dan oleh kerana tiada dakwat kekal dicalit pada jarinya, dia dibenarkan mengundi," dakwa Wong.

Wong menyifatkan kejadian itu jelas pengundian dua kali kerana berdasarkan daftar pemilih dan agen kedua-dua parti, nama pegawai tentera itu telah ditandakan sebagai sudah mengundi.

Tiada ulasan: