Ahad, 9 Oktober 2011

PAS: Bajet tak selesai pengangguran graduan

MALAYSIA KINI
Pemuda PAS menyelar pembentangan belanjawan kali ini yang didakwa tidak menitikberatkan keperluan anak muda, antaranya bagi bersaing dalam pasaran kerja.

NONENaib Ketua dewan itu Dr Raja Ahmad Al-Hiss (kanan) berkata, selain tiada peruntukan khas pembangunan insan dan latihan, kerajaan juga dilihat tidak mampu menyediakan alternatif pekerjaan untuk menampung pengangguran graduan di yang semakin meningkat.

"Di saat ekonomi negara yang kurang bermaya, kerajaan hanya menumpukan pengekalan nilai sedia ada di universiti tempatan tanpa cuba mewujudkan kreativiti sosial dan ekonomi," kata Dr Raja Ahmad.

Dalam kenyataannya hari ini Dr Raja Ahmad juga berkata, dalam sektor perkilangan sekali pun, kebergantungan masih diberikan kepada pihak luar dan bukannya anak tempatan, terutama graduan berkemahiran.

Sementara itu, secara umumnnya, Dr Raja Ahmad mengucapkan syabas kepada Pakatan Rakyat kerana "berjaya" mendorong kerajaan BN memperbanyakkan peruntukan dan bantuan kepada pasukan polis dan tentera.

Katanya, usaha BN memancing undi untuk pilihan raya juga jelas kelihatan apabila banyak 'gula-gula' yang yang ditawarkan diambil dari Buku Jingga dan bajet alternatif Pakatan.

NONE"...jelas bahawa idea dan strategi Pakatan telah terbukti baik dan berpandangan jauh," katanya walaupun dinafikan pemimpin BN.

Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (kiri) semalam berkata, daripada beratus-ratus insentif untuk rakyat dalam Belanjawan 2012, hanya dua perkara kebetulan menyamai belanjawan pembangkang.

Katanya, perkara itu adalah pemberian insentif kepada wanita RM500 yang berpendapatan isi rumah kurang daripada RM3,000 dan bantuan pendidikan kepada anak sekolah rendah dan menengah.

Tiada ulasan: