Khamis, 6 Oktober 2011

Menteri sahkan kes hakim didakwa memplagiat



Hazlan ZakariaSeorang bekas menteri undang-undang mengesahkan bahawa satu aduan rasmi telah dibuat pada tahun 2000 berhubung kes memplagiat yang didakwa dilakukan seorang hakim Malaysia.

Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim hari ini mengesahkan bahawa beliau maklum dengan kes berkenaan.

“Perkara itu telah kami serahkan kepada Ketua Hakim Negara yang berkhidmat pada masa itu untuk melunaskan siasatan dan juga apa-apa hal yang harus diambil tindakan,” katanya lagi.

Bercakap ketika ditemui di bangunan parlimen hari ini, Rais berkata terpulang kepada badan kehakiman untuk membuat susulan ke atas dakwaan tersebut.

Tiada ulasan: