Sabtu, 16 Julai 2011

Majlis peguam mahu laporan RCI Teoh didedahkan

Saw Yee Fung


Dua tahun telah berlalu sejak 16 Julai, tarikh pembantu politik DAP Teoh Beng Hock dijumpai mati di selepas ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Plaza Masalam di Shah Alam.

Suruhanjaya Diraja yang menyiasat kematian Teoh juga telah menyerahkan laporan muktamadnya kepada Yang di-Pertuan Agong pada 22 Jun.

NONESetakat ini, laporan itu belum diumumkan kepada orang ramai.

Menurut wakil Majlis Peguam, Edmund Bon, “jika menjelang masa tertentu laporan suruhanjaya tidak diumumkan, Majlis Peguam akan mendedahkan laporannya (pada RCI itu)”.

Bon berkata demiian pada majlis memperingati ulang tahun kematian Teoh di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur Selangor malam semalam.

“Selepas suruhanjaya diraja mendedahkan laporannya, kami (Majlis Peguam) akan mengeluarkan laporan kami, kemudian orang ramai boleh membandingkan kedua-dua laporan itu. Kami berharap kedua-dua laporan itu adalah konsisten,” katanya.

“Berdasarkan beberapa laporan suruhanjaya sebelum ini, kami dapati laporannya agak bagus. Jadi kami berharap perkara yang sama untuk kes Teoh.”

Majlis berkenaan dihadiri kira-kira 200 orang termasuk keluarga Teoh, ahli parlimen Seputeh Teresa Kok, ahli parlimen Kepong Tan Seng Giaw, ADUN Teratai Jenice Lee dan ahli parlimen Subang R Sivarasa.

Tiada ulasan: