Oleh Prof Dr Mohamad Tajuddin Mohamad Rasdi
Pengenalan
Tujuan utama esei ini adalah untuk memulakan hujahan seni bina mengenai cadangan ‘seni bina demokratik’ dalam rujukan bahasa reka bentuknya.
Ini bukan esei tentang sama ada sebuah negara itu bersifat demokrasi, kurang sifat demokrasi atau pun bersifat ‘demokrasi-feudal’, contohnya, sebuah negara yang memaparkan demokrasi dalam perlembagaannya tetapi tidak mempraktikkan semangatnya.
Ini adalah esei tentang seni bina, dituju terutama kepada arkitek untuk menggalakkan mereka untuk berhenti seketika sebelum menunaikan kerja dan mengikut kemahuan klien yang kaya dan berkuasa seperti kerajaan persekutuan, kerajaan negeri atau kerajaan tempatan.
Saya percaya apa saja hasil sesuatu projek seni bina dilaksanakan, ia mempunyai tandatangan arkitek yang membawa kepada kejayaan atau kegagalan projek berkenaan.
Arkitek bertanggungjawab kerana dia mengikut sahaja apa kemahuan klien. Arkitek bertanggungjawab kerana tidak berunding dengan akademik atau pakar yang relevan dalam bidang seni bina. Profesionnya bertanggungjawab kerana tidak memiliki pandangan atau tidak berani untuk menyuarakannya.
Saya telah memilih untuk menulis pendapat saya mengenai perbandingan di antara bangunan Parlimen dan pejabat Perdana Menteri yang megah di Putrajaya.
Pertama sekali saya akan menerangkan pendapat saya bahawasanya bangunan Parlimen mempunyai banyak sifat-sifat yang saya anggap bersifat demokrasi berbanding bangunan di Putrajaya.
Mengapa hujah ini menjadi suatu isu? Apabila saya melihat bangunan Putrajaya, saya berpendapat yang ia adalah bangunan feudal yang ‘hebat’ dan biasanya akan dicontohi oleh bandar-bandar lain di negara ini, termasuk majlis perbandaran tempatan.
Terbukti benar kata-kata saya apabila Pulau Pinang di bawah kerajaan Barisan Nasional dulu telah mengumumkan pembinaan Putrajaya versi tersendirinya; perkataan ‘Putrajaya’ sekarang bersinonim dengan seni bina impian perbandaran, kubah dan dalam semua perkara.
Majlis Perbandaran Skudai, tempat tinggal saya dan di mana UTM berada sekarang, menghias jalan rayanya dengan perhiasan pejalan, tiang lampu berseni dan lanskap seni arca yang mahal.
Saya tidak berniat untuk berkata apa-apa tentang Melaka kerana ia seperti satu harapan yang sudah musnah di mana bandarayanya dihias dengan pokok plastik berwarna kuning dan merah secara rejimen.
Ia seperti satu persaingan untuk menjadi yang paling besar, paling mewah dan paling megah untuk mengikut jejak langkah Putrajaya yang bersinar-sinar dan baru.
Semua perkara ini berlaku dalam keadaan di mana terlalu sedikit usaha dibuat untuk meletakkan pejalan kaki secara selamat di jalan raya, lalu lintas yang selamat untuk kanak-kanak sekolah, perpustakaan komuniti dan cawangan yang mencukupi, tempat komuniti dan perabut awam di mana orang awam boleh menggunakannya.
Adakah arkitek dibutakan dengan kejahilan, pembayaran atau tiada sifat keberanian untuk tidak berkata apa-apa tentang isu-isu begini? Dimanakah suara Pertubuhan Arkitek Malaysia? Apa kata mereka?
Pengajaran utama esei ini adalah seni bina bersifat demokrasi telah lenyap kerana apa yang dapat dilihat adalah seni bina untuk yang terpilih dan bukan untuk umum.
Referens etnik tunggal
Saya ingin membuat perbandingan seni bina bersifat demokrasi di antara pejabat PM di Putrajaya dan bangunan Parlimen dari persoalan referens etnik dalam seni bina.
Pada pendapat saya tentang seni bina bersifat demokrasi, seseorang sama ada menggunakan semua referens etnik atau tidak, perlu mencari referens secara keseluruhan.
Untuk menitikberatkan satu referens etnik yang khusus ialah sifat, bukan dari perlembagaan yang memastikan kadar hak sama rata untuk semua.
Memang benar Malaysia adalah negara majoriti orang Melayu dengan penghormatan kepada sejarah, tetapi adakah perlu menjeritkan mesej itu sampai tahap menggegarkan gegendang telinga?
Bangunan Putrajaya dengan kubah cuba membawa warisan Muslim di mana ia kembali ke etnik asal Melayu dalam lagak yang serius.
Bangunan Parlimen, dengan stail antarabangsa, mengatakan tiada referens etnik dan kembali kepada warisan tropika sebagai tema dominan.
Prisma yang timbul coraknya di atas podium mengatakan secara universal warisan atap tradisional kepada kebanyakan kumpulan etnik dalam wilayah ini.
Walau pun beberapa arkitek tidak akan setuju dengan cadangan saya terhadap pendekatan eklektik etnik yang berbagai, tokoh-tokoh semantik seni bina seprti Michael Graves dan Charles Jencks akan setuju dengan saya bahawasanya suatu pendekatan seperti itu dapat hidup dengan sendirinya.
Regionalisme dan tanggungjawab
Seterusnya, mari kita melangkah masuk alam regionalisme seni bina. Regionalisme sebagai suatu pendekatan mendapat sokongan di kalangan arkitek selepas krisis tenaga. Le Corbusier, mula memaparkan teduhan dari cahaya matahari, ‘pembinaan tingkap peti telur dan ketulan tebal konkrit yang terdedah dalam bangunan seperti gereja Ronchamp, Monastery La Tourette dan rumah pangsa Marseille’.
Di Malaysia, eksperimen dengan regionalisme menghasilkan beberapa bangunan indah seperti Masjid Negara dengan penggunaan kawasan serambi yang luas, pengudaraan dan pencahayaan bersertakan perhimpuanan dinding telus bagi ventilasi.
Bangunan Parlimen tidak banyak persamaan sifatnya seperti Masjid Negara tetapi ia mempamerkan ‘kulit nenas’ yang terkenal di mana ia dikatakan berfungsi sebagai perlindungan dari cahaya matahari.
Ia menunjukkan ada usaha penjimatan tenaga dengan kaitan kepada penyejukan menara pejabat tetapi mesej demokrasi jelas kelihatan: “Anda tidak dibenarkan menyalahgunakan wang rakyat yang diamanahkan kepada pemimpin yang dipilih”. Wang itu kepunyaan rakyat yang merupakan ‘boss’ sebenar.
Apa yang bangunan Putrajaya tunjukkan dalam referens pengendalian wang rakyat? Tidak terdapat usaha apa pun yang dapat dilihat untuk membina sebarang jenis alat penteduhan atau serambi yang mampu berfungsi sebagai platform kemesraan rakyat.
Seni bina keistanaan ini menunjukkan bahawa pemimpin berhak ‘membazirkan’ wang rakyat.
Pakaian imperial
Bagi perkara ketiga, saya ingin fokus kepada bahasa ‘kesultanan’ atau ‘imperial’ yang digunakan di seni bina Putrajaya yang bertentangan dengan seni bina lazim business as usual bangunan Parlimen.
Dalam penulisan dan ceramahnya, Frank Lloyd Wright sering memberi kritikan seni bina monumental di Washington D.C. Dia dipenjarakan selama sehari apabila enggan menarik balik komen-komennya pada seni bina bandar Madison.
Wright hanya merasakan jika hendak meniru seni bina yang datangnya dari rejim aristokratik atau autokratik masa lalu, ia bukan usaha yang sebenar untuk mempamerkan sifat baru demokrasi yang memberi kuasa pentadbiran kepada rakyat dan bukan golongan elit.
Seni bina Wright memilih keberatan asimetri dari yang simetri, kegunaan ekspresi kerendahan diri yang melintang ke bumi dan penggunaan bahan tempatan sebagai produk ekonomi yang berkualiti mengikut keadaan cuaca.
Sifat-sifat seni bina istana simetri hierarki yang kuat dengan bahan mahal dan perhiasan diletakkan di antara latar belakang lanskap kebun yang mewah jelas kontra imejnya dengan Rumah Parlimen di London.
Saya merasakan perasaan bangsa (nation)yang kuat dan pasti apabila saya melihat bangunan Parlimen di London kerana ia mudah diakses oleh orang awam. Bangunan itu hampir ke jalan raya dan itu saja sudah banyak memperkatakan tentang pemikiran bangsa bersifat demokrasi.
Untuk mereka yang cuba untuk berhujah tentang kebaikan keselamatan dalam format keseragaman istana Perancis, saya ingin menyatakan bahawa dalam sesebuah demokrasi, keselamatan yang terbaik bukanlah dinding, latar dan pengawasan elektronik, tetapi dengan idea bahawa jika seorang pemimpin meninggal dunia, ramai lagi yang boleh mengambil alih.
Ia bukan seperti monarki di mana kewujudan zuriat yang banyak diharapkan sepenuhnya pada anak, jadi sebuah seni bina bersifat demokrasi tidak berlindung di sebalik dinding yang tebal dan latar.
Ia bertemu di jalan di mana orang ramai bersiar dan ia menonjolkan suatu kebenaran bahawasanya inilah kerajaan rakyat untuk rakyat dan ditadbir oleh rakyat.
Bangunan Parlimen di Malaysia tidak berpura-pura menjadi istana jika seseorang datang menghampiri dari pelbagai arah.
Walau pun ia agak bersifat elit pada lokasinya di pertengahan lanskap indah, terdapat banyak cara untuk membaiki konsep ini dalam seni bina masa hadapan dengan memberi penghormatan kepada orang ramai.
Selain itu, sesiapa yang mampu berfikir boleh mengesahkan bahawa selepas kejadian 11 September 2001 di Amerika Syarikat, tidak ada peluang atau sebab untuk sesiapa ‘bersembunyi’ di sebalik dinding seni bina sebagai alasan keselamatan.
Kesimpulan
Terdapat banyak lagi perkara yang saya mahu sampaikan tentang cadangan seni bina bersifat demokrasi dengan referens khas kepada Malaysia.
Dalam buku Konsep Perbandaran Islam: Suatu Gagasan Alternatif, saudara Rosdan Abdul Manan dan saya berfikir tentang idea kawasan awam di pertengahan bandar utama di mana pihak berkuasa memerlukan keizinan rakyat untuk masuk.
Bangunan bandar dan masjid akan diturunkan ke perimeter dalam keadaan asimetri. Kawasan awam atau medan ialah wasiat pada idea demokrasi sebagai kuasa kepada rakyat.
Kami juga mencadangkan untuk meletakkan kawasan perkuburan bersebelahan kawasan awam tersebut dalam lingkungan pemandangan dari pejabat eksekutif. Ini adalah untuk mengingatkan pemimpin-pemimpin yang terlupa bahawa mereka hanya manusia biasa dan kuasa yang dipegang mereka hanyalah sementara.
Bangunan Parlimen dibina semasa zaman kegemilangan moden di mana referens bersifat metafora tidak diterima. Ia tidak dapat menolong apa yang telah terjadi sekarang.
Saya akan merujuk kepada usaha idea demokrasi Parlimen sebagai suatu usaha yang ‘tidak sengaja’ dalam ketiadaan kajian yang serius tentang pengaruh reka bentuk bangunan Parlimen.
Sebaliknya, Putrajaya adalah suatu aksi yang disengajakan. Dalam satu pandangan, mesej feudal yang ia sampaikan memang selaras dengan “demokrasi ala Malaysia” di mana para pemimpin tidak menghiraukan idea ‘kuasa kepada rakyat’.
Tetapi, sebagai seorang Melayu beragama Islam dan berwarga Malaysia, saya tidak dapat menerima bahasa seni bina ini sebagai penjelmaan ideal semangat asal Perlembagaan Persekutuan.
Bahasa seni bina yang hanya menggunakan bahasa satu etnik sahaja menggambarkan ciri autokratik, dan bukan demokratik. – Roketkini.com
Penulis adalah Profesor Jabatan Seni Bina di Fakulti Alam Bina, Universiti Teknologi Malaysia
Tiada ulasan:
Catat Ulasan