Sabtu, 2 Julai 2011

Kerajaan dikecam lantaran penahanan menggunakan Ordinan Darurat

Chen Shaua Fui


Wakil rakyat dari Pakatan Rakyat mengecam tindakan kerajaan menahan enam orang ahli Parti Sosialis Malaysia (PSM) menggunakan Ordinan Darurat 1969. Langkah untuk menggagalkan perhimpunan BERSIH 2.0 ini disifatkan sebagai "tidak masuk akal", malah bakal menghakis keyakinan pelabur asing.

Speaker DUN Selangor, Teng Chang Khim (gambar kiri) ketika dditemuramah MerdekaReview berkata, kerajaan tidak perlu menimbulkan suasana ketakutan sedemikian, yang hanya akan menjejaskan keyakinan pelabur asing. Beliau menggesa agar Menteri Dalam Negeri mengarahkan agar tahanan berkenaan dibebaskan segera, kerana kerajaan tidak perlu mengawal keadaan dengan Ordinan Darurat.

Naib Presiden PKR, merangkap ahli parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar ketika hadir sebagai tetamu persembahan "Selamatkan MerdekaReview" di Dewan Perhimpunan Cina Selangor - Kuala Lumpur hari ini, berkata kepada MerdekaReview, beliau gagal menggambarkan kemarahan dalam dirinya, malah mengecam bahawa tuduhan ini adalah tidak masuk akal dan tidak rasional.

Beliau menganggap rakyat akan jelas bahawa siri kejadian yang berlaku baru-baru ini didorong motif politik. Penangkapan dan penahanan tanpa bukti ini semuanya ditujukan kepada perhimpunan BERSIH 2.0, katanya. Beliau berkata penangkapan terhadap pemimpin PSM ini bermula atas tuduhan "mengedarkan risalah BERSIH", dan ia bertujuan untuk menggagalkan perhimpinan BERSIH. Polis, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), institusi agama juga dipergunakan untuk menekan BERSIH 2.0.

"Sebagai seorang warga Malaysia, saya gagal menyifatkan perasaan saya yang 'completely powerless' ini. Meskipun kami menguasai empat kerajaan negeri, namun ketika berdepan dengan keadaan sebegini, kami completely powerless."

Pada kira-kira jam 2 petang, Setiausaha Agung PSM Arutchelvan menulis dalam facebooknya, "Dr. Jeyakumar, Saras, Chon Kai, Babu, Letchu and Sugu ditangkap semula oleh Bukit Aman di bawah Akta Darurat untuk 60 hari".

Nurul Izzah (gambar kanan) menambah, Menteri Dalam Negeri Hishamuddin Hussein cuba menggunakan Seksyen 7(1) Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) untuk menghalalkan tindakan kerajaan menangkap mereka yang berpakaian kuning. Namun, seandainya diteliti akta tersebut, sesungguhnya pakaian, bendera, kain rentang, lencana dan sebagainya boleh diharamkan, namun perlu diwartakan terlebih dahulu.

Ahli parlimen Lembah Pantai ini berkata, jikapun kerajaan ingin mengharamkan baju kuning, mereka perlu mengikut prosedur. Nurul menyeru agar rakyat Malaysia bersatu untuk menentang penindasan sebegini, atau UMNO-BN akan terus berkuasa.

Tindakan polis "tidak masuk akal"

Selain itu, Ketua Eksekutif Dewan Perhimpunan Cina KL-Selangor Tang Ah Chai berkata, tindakan kerajaan menahan dan menyoalsiasat mereka yang berpakaian kuning telah melepasi batas kuasa yang ada, malah langsung tidak mempunyai asas undang-undang.

Beliau mengkritik tindakan terkini kerajaan untuk menahan enam orang pemimpin PSM menggunakan Akta Darurat, kerana telah menyalahgunakan undang-undang. "Apakah kewajaran kerajaan menggunakan akta ini? Apakah ancaman yang dicetuskan sehingga mereka perlu ditahan 60 hari? Ini adalah tindakan yang tidak masuk."

Tang Ah Chai (gambar kiri) menambah, tindakan kerajaan hanya akan menjadi bahan lawak di arena antarabangsa, dan ia adalah kerugian yang lebih besar dibandingkan dengan kesesakan jalan raya, kerugian peniaga dan sebagainya yang disebabkan perhimpunan ini.

Selain itu, ia akan mewujudkan persepsi yang salah, bahawa kerajaan kita adalah diktator seperti di Myanmar, "Polis tidak mempunyai alasan yang lebih baik, tetapi menggunakan kuasa."

Beliau juga menyebut, walaupun kerajaan sebelum ini menyatakan bahawa tidak akan menggunakan ISA, namun kini pula menggunakan Ordinan Darurat. Ini kerana ISA telah dicemuh, dan rakyat tidak lagi percaya bahawa tahanan ISA benar mencetuskan ancaman keselamatan.

*Chen Shaua Fui ialah Assistant Editor MerdekaReview, edisi bahasa Cina. Disunting dan diterjemah dari teks asal.

Tiada ulasan: