Selasa, 26 Julai 2011

Isu Wahabi: Umno manipulasi Islam demi politik, kata PKR


PETALING JAYA— PKR mendakwa pentadbiran mempunyai agenda politik apabila mengaitkan bekas mufti Perlis Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin sebagai “pengganas” kerana mempunyai hubungan dengan Wahabi.

Pengarah Komunikasi PKR Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, dengan berbuat demikian Putrajaya secara automatik mendedahkan Barisan Nasional (BN) memanipulasikan agama bagi memenuhi kepentingan politik.

“Ia memanipulasikan agama,” katanya pada sidang media hari ini.

“Umno bukan mengenai agama... ia tentang politik,” tambah beliau.

Nik Nazmi terlebih dahulu mengkritik langkah Putrajaya itu menerusi mesej Twitter semalam.

Menjelaskan lebih lanjut mengenai perkara itu, beliau berkata, Islam yang sebenar menuntut agar dialog terbuka perlu dilakukan bagi mendapatkan penjelasan Asri.

“Saya bukan pengikut fahaman Wahabi. Saya tidak bersetuju dengannya tapi apa yang anda lakukan?

“Mengapa tidak membahaskan perkara ini,” katanya.

Nik Nazmi berkata moyangnya telah mengadakan debat berhubung isu seperti itu pada 1930 di Kelantan dan ia tidak memberikan kesan buruk dan oleh itu perlu mendapatkan reaksi daripada pendapat yang dikeluarkan Asri.

Beliau juga mencadangkan agar Putrajaya menulis sebuah buku untuk membentangkan hujah-hujah daripada mengambil jalan yang tidak matang.

Tahun lalu Asri dikaitkan dengan Wahabi dan kumpulan pengganas Jemaah Islamiah bersama Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, bekas menteri besar Perlis Datuk Seri Shahidan Kassim dan Mufti Perlis Dr Juanda Jaya.

The Malaysian Insider difahamkan Hadi dan Shahidan tidak disenaraikan dalam pemerhatian.

Dua ahli Parlimen Umno mempertahankan Asri dengan mendesak pentadbiran Najib salah kerana melabelkan tokoh agama itu dengan aktiviti pengganas.

Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin dan Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah berkata Majlis Keselamatan Negara (MKN) bertindak secara berlebihan kerana mengaitkan fahaman Wahabi dengan aktiviti pengganas.

Semalam The Malaysian Insider melaporkan MKN telah mengeluarkan arahan agar mufti-mufti dan agensi agama untuk memantau fahaman Wahabi.

Tiada ulasan: