SABAH KINI
SETELAH 48 tahun Sabah ‘dijajah’ oleh Persekutuan Tanah Melayu, rakyat Sabah masih gagal mendapat autonomi sebagai sebuah ‘Negara’ di dalam ‘Negara’ dan terus dilayan sebagai sebuah Negeri dalam Persekutuan Tanah Melayu.
Relevankah rakyat Sabah menyandarkan sisa-sisa harapan terhadap UBF yang diyakini mampu menjadi satu platform memperjuangkan 20 Perkara yang sudah lama bersemadi di lipatan sejarah?
Berikut 7 Intipati Agenda Borneo untuk perbahasan pembaca Sabahkini.net
Agenda Borneo No. 1
MENUNTUT supaya Kerajaan Persekutuan mewujudkan ‘mekanisma mematuhi Perjanjian Malaysia 1963’ dibentuk melalui Kementerian atau Perbadanan untuk mencapai matlamat dan tuntutan utama seperti yang terkandung di dalam Perkara VIII Perjanjian Malaysia 1963; serta memulihkan status rakan kongsi negeri Sabah dan Sarawak setaraf dengan Malaya di dalam Persekutuan termasuk hak-hak dan hak-hak istimewa dan peranan Sabah dan Sarawak dalam kuasa kewarganegaraan, kuasa pendaftaran dan kuasa imigrasi;
Agenda Borneo No. 2
MENUNTUT supaya formula pengagehan hasil yang seimbang dan adil termasuk mengkaji semula peratus hasil daripada minyak mentah dan juga penempatan perwakilan yang lebih adil dalam Parlimen/Kabinet Persekutuan/Perundangan dan perkhidmatan tadbir dan diplomatik;
Agenda Borneo No. 3
MENUNTUT supaya Dasar Cabotaj/Pengangkutan/Perdagangan yang mempunyai impak negatif ke atas negeri-negeri Borneo;
Agenda Borneo No. 4
MENUNTUT supaya dihormati perlaksanaan hak-hak penduduk asli (Native Rights) dan Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan;
Agenda Borneo No. 5
MENUNTUT supaya fokus pembangunan ekonomi dialihkan supaya lebih menjurus kepada Sabah dan Sarawak termasuk mengurangkan jurang ekonomi dan digital di antara Malaya dan negeri-negeri Borneo Sabah dan Sarawak;
Agenda Borneo No. 6
MENGATASI masalah pendatang tanpa izin (PTI)/IC Projek, permasalahannya dan menggugat integriti persempadanan negeri Sabah dan Sarawak termasuk mengenakan seberat-berat hukum ke atas mereka yang mengeluarkan kewarganegaraan kepada pendatang tanpa izin;
Agenda Borneo No. 7
MENGKAJI kehadiran agensi-agensi daripada (Pusat) di Sabah/Sarawak yang telah menguasai hasil keluaran bidang tertentu, serta hak milik rakyat tempatan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan