Selasa, 19 Julai 2011

Abdul Aziz, SPR dan amalan demokrasi di Malaysia

Oleh Dr Syed Azman Syed Ahmad

Saya ingin merujuk terus tulisan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof yang disiarkan oleh Mingguan Malaysia, akhbar Kumpulan Utusaazlann yang mendakwa bawa kepimpinan BERSIH 2.0 adalah “tidak benar-benar ikhlas” dan mendakwa mereka didalangi parti politik.

Beliau turut mendakwa bahawa himpunan aman BERSIH pada 9hb Julai lalu sebagai 'perhimpunan haram' dan “mempunyai maksud lain di sebalik perhimpunan itu.”

Logik yang beliau pakai adalah “Penganjur BERSIH mendakwa mereka berkecuali. Tetapi daripada apa yang dilihat sama ada gambar-gambar dan kenyataan parti-parti politik pembangkang, penganjur BERSIH sudah memihak dengan jelasnya kepada pembangkang.

“Kita semua nampak mereka turun padang bersama-sama pemimpin-pemimpin parti politik seperti Anwar Ibrahim, Haji Hadi Awang dan banyak lagi... Jadi, sekarang sudah jelas BERSIH didalangi atau diperalatkan. Mereka bersekongkol dengan parti politik.”

Bagi saya hujah yang digunapakai oleh Abdul Aziz adalah amat dangkal serta menjelaskan lagi kepada umum bahawa SPR adalah tidak bebas, tidak telus dan memihak. Siapa sebenarnya yang didalangi atau diperalatkan?

Dan siapakah sebenarnya yang telah bersekongkol dengan parti politik? BERSIH atau SPR? Persoalan besar yang sepatutnya dijawab oleh beliau bukannya soal pimpinan BERSIH dilihat bersama pembangkang atau tidak.

Memesongkan fakta

Persoalan besar adalah soal ketelusan dan keadilan dalam prosess pilihan raya dan demokrasi di negara kita!

Dalam hal in beliau tidak menjawab persoalan pokok yang telah dikemukakan oleh BERSIH 2.0 dan seolah-olah cuba memesongkan fakta dengan meletakkan kesalahan kepada parti pembangkang di negara kita.

Isu besar yang seharusnya diperbNONEincangkan secara rasional dan terbuka adalah lapan tuntutan asas BERSIH yang sememangnya telah sejak sekian lama diperjuangkan oleh pimpinan pembangkang di negara kita.

Apakah Abdul Aziz tidak peka dengan keraguan yang kian memuncak dari kalangan banyak pihak terhadap peranan SPR apakan ia benar-benar menjalankan tugas mereka secara 'telus, beramanah serta adil' dalam mengendalikan pilihan raya di negara kita?

Keraguan rakyat umum ini berlaku apabila SPR dilihat gagal menjalankan tugas mengendalikan pilihan raya secara adil, beramanah dan telus. Malahan lebih parah lagi SPR dilihat telah memihak dan menjadi alat serta 'kuda tunggangan' Umno-BN.

azlanSelain daripada lapan tuntutan asas BERSIH, bakyak lagi persoalan besar yang seharusnya di jawab oleh pihak SPR sendiri. Pengalaman pembangkang pasca pilihan raya umum ke-10 pada tahun 1999 apabila Umno mngalami kemerosotan teruk dalam pilihan raya tersebut patut menjadi pengajaran besar kepada ketelusan SPR sendiri.

Tan Sri Abdul Aziz sepatut merujuk semula ratusan muksurat Hansard Parlimen yang membuktikan bagaimana isu persempadanan semula kawasan pilihan raya yang dikemukakan di Parlimen pada waktu itu adalah semata-mata untuk memastikan kemenangan Umno/BN tanpa langsung mengambil kira peruntukan Peraturan dan Undang-undang persempadanan semula kawasan pilihan raya.

Campurtangan Agong

SPR juga dilihat gagal menasihat kerajaan Umno/BN bagi mengemukakan penambahan kerusi Parlimen di negeri-negeri majoriti Melayu yang di anggap sebagai kubu kuat pembangkang seperti di Terengganu, Kelantan dan Kedah sedangkan penambahan kerusi ketara telah dilakukan di negeri Johor, Sarawak dan Sabah bagi menyelamatkan Umno/BN.

NONEBegitu juga dengan isu perlantikan 'pembantu tadbir SPR' yang mana pengerusi SPR sendiri telah mengeluarkan arahan bertulis agar melantik mereka dari kalangan anggota Puteri Umno.

Mujurlah pada saat itu saya sebagai ahli parlimen Kuala Terengganu bersama ahli parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar telah dibekalkan surat arahan tersebut dan kami telah mendedahkan 'niat jahat' pengerusi SPR pada waktu itu.

Cuba Abdul Aziz rujuk kembali berapa kali kami dari pembangkang telah berdailog dan membuat bantahan kepada SPR? Arahan tersebut hanya ditarik balik oleh SPR apabila kami mengemukakan bantahan akhir melalui Kebawah Duli Yang di-Pertuan Agong.

Perancangan kotor ini telah mencemarkan lagi kredibiliti serta kedudukan SPR yang sememangnya layak digelar sebagai 'alat dan kuda tunggangan' Umno-BN.indelible ink 020607

Cadangan saya kepada Abdul Aziz adalah merujuk kembali empat tuntutan Bersih terutamanya 'penggunaan dakwat kekal' menjelang pilihan raya umum ke-12 yang lalu. Tidakkah Pengerusi SPR pada waktu itu cuba memperbodohkan seluruh rakyat Malaysia dengan menarik balik kewajipan celup jari bagi setiap pengundi dengan mengemukakan alasan 'keselamatan' dan 'ada dakwat palsu' yang telah ditemui.

Alasan ini terlalu dangkal dan tidak masuk akal? Hanya yang bodoh sahaja boleh percaya kepada alasan Pengerusi SPR itu.

Media berat sebelah

Begitu juga dengan persoalan 'akses media yang bebas dan adil'.

Apakah Tan Sri Aziz 'buta mata dan buta hati' apabila melihat saban hari media milik kerajaan seperti RTM dan Bernama tidak langsung memberi liputan positif dan ruang kepada pimpinan pembangkang di negara kita?

NONEApakah RTM dan Bernama sememangnya menjadi milik Umno/BN sehingga tidak ada langsung liputan yang seimbang dan adil untuk parti pembangkang? Yang nyata media perdana ini telah menjadi alat propaganda Umno/BN dan bukannya untuk mendidik rakyat Malaysia.

Ya, kalau beginilah taraf serta hujah seorang yang bergelar Pengerusi SPR yang sepatutnya di lihat telus, tidak memihak dan adil, maka cadangan saya adalah seeloknya SPR yang ada ini dibubarkan dan Pengerusi serta Timbalan Pengerusi SPR berhenti dan terus sahaja terjun dalam kancah politik partisan di negara kita.

Biarlah rakyat Malaysia yang cintakan keadilan dan ketelusan menjadi hakim kepada kepincangan yang terus menerus berlaku ini. Bak kata pepatah Melayu, bangkai gajah tidak mungkin disorok lagi.

Penulis adalah penolong setiausaha agung, PAS

Tiada ulasan: