MALAYSIA KINI
Walaupun perhimpunan BERSIH 2.0 sudah berahir tiga hari lalu, pihak polis terus terus menahan pemimpin parti politik yang memakai baju kuning memaparkan logo gabungan NGO itu.Dalam kejadian di Johor Bahru hari ini, dua pemimpin PAS kawasan di Johor ditahan polis ketika belum pun tamat sidang media mereka di depan balai polis Sentral JB.
Mazlan berkata, tangkapan itu berlaku dalam sidang media di sebuah restoren berdekatan balai itu selepas membuat laporan polis berhubung dakwaan keganasan pihak berkuasa dalam perhimpunan BERSIH.
"Empat anggota polis datang menarik mereka. Tidaklah kasar, tetapi mereka sepatutnya menggunakan budi bicara.
"Lagi pun perhimpunan BERSIH sudah berakhir. Minta sajalah suruh buka baju itu, bukan tangkap," kata Mazlan yang juga anggota jawatankuasa pusat PAS.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan