Khamis, 19 Mei 2011

Undian Myharakah.net online makin popular

Harakahdaily


KUALA LUMPURi: Keputusan pengundian tajuk muka depan Harakah bil. 1640, "PUTAR BELIT NAJIB" mencapai keputusan tertinggi setakat ini, iaitu sebanyak 1,089 undian mengatasi undian tajuk muka depan Harakah bil. 1637 “Bubar UMNO Masuk PAS” yang jatuh kepada tempat kedua tertinggi iaitu sebanyak 941 undian.

Keputusan yang bersetuju dengan tajuk tersebut juga meningkat kepada 94.31 peratus (atau 1,027 undian) berbanding dengan 92% (atau 866 daripada 941 undian) bersetuju dengan tajuk berkenaan.

Hanya 54 undian (4.96 peratus) sahaja yang tidak bersetuju dan 8 undian (0.73 peratus) pula tidak pasti.

Undian terhadap tajuk ini telah meningkat lebih 236 peratus berbanding dengan tajuk sebelumnya, "BATU API PERKAUMAN" digunakan sebagai tajuk berita utama yang mendapat sebanyak 460 undian.

Sejak undian dibuka kepada pembaca mulai 27 hingga 29 April selama 3 atau 4 hari bagi setiap tajuk muka depan Harakah, sambutannya semakin menggalakkan.

Untuk melihat keputusan terperinci, boleh terus kepada link http://myharakah.net/polls.php

Tinjauan awam ini bermula bagi Harakah bil. 1635 dengan tajuk "UMNO PUJUK DAP" digunakan sebagai tajuk berita utama dengan mendapat 365 undian.

Keputusan terhadap undian, menunjukkan 226 daripada 365 atau 61.92 % pengundi bersetuju.

Manakala jumlah yang bersetuju telah meningkat 20 peratus berbanding Harakah bil. 1635 bagi tajuk muka depan ‘Bukan Kaedah Islam – Mubahalah Eskay dibenarkan Menteri dan pengarah Jawi’ dalam Harakah bil. 1636, iaitu 81.63 % bersetuju atau 280 daripada 343 undian.

Begitu juga dengan keputusan undian berhubung dengan tajuk muka depan Harakah bil. 1638, wajarkah perkataan Bertarung Secara Anak Jantan – Jangan guna taktik kotor rampas Selangor’ juga menunjukkan 81.69 % bersetuju atau 174 daripada 213 undian.

Manakala keputusan yang bersetuju paling rendah setakat ini adalah bagi tajuk "BATU API PERKAUMAN" menjadi tajuk berita utama dalam Harakah bil. 1639, iaitu 77.61 peratus, iaitu 357 daripada 460 undian.

Sekarang ini, undian dilakukan bagi tajuk wajarkah perkataan "NAK TAWAN KELANTAN TAPI JAMBATAN TAK SIAP" digunakan sebagai tajuk berita utama. Pembaca boleh setuju atau tidak setuju atau tidak pasti dengan pilihan tajuk berkenaan.

Untuk membuat undian, boleh terus kepada link http://myharakah.net.

Tiada ulasan: