Isnin, 2 Mei 2011

Umno jadikan Malaysia ‘negara sumpah-sumpah’- Tian Chua

KEADILAN DAILY



AMPANG: Naib Presiden KEADILAN, Chua Tian Chang berkata, Umno mengheret Malaysia menjadi ‘negara sumpah-sumpah’ apabila sanggup mempermainkan isu agama bagi mencapai matlamat politik.

Beliau mengulas tindakan Datuk Shazryl Eskay Abdullah, salah seorang anggota Trio ‘Datuk T’ yang menjalankan sumpah laknat di Masjid Amru Al-As Bandar Baru Sentul, petang semalam.

“Mereka mengadakan sumpah laknat dengan menpermainkan agama. Negara sekarang di bawah Umno mengamalkan sumpah dan negara ini boleh digelar negara ‘sumpah-sumpah’.

“Walaupun saya bukan Islam, saya tahu itu semua salah. Datuk T sebenarnya tidak tahu agama.Saya tidak tahu agama apa yang dianutinya atau dia bawa agama baru’

“Jika semua perkara yang dilakukan boleh diselesai dengan cara bersumpah, bermakna negara kita tiak perlu peguam, hakim kerana dengan bersumpah kita sudah bebas, jimat masa pula,” kata Tian Chua semasa ceramah di Dewan Nusa Bakti, Bandar Baru Ampang.

Dalam pada itu, Tian yang juga Ahli Parlimen Batu, berasa cukup terhina dengan perbuatan Datuk Trio yang menjalankan sumpah laknat di kawasan beliau.

“Masjid Datuk T bersumpah itu, di kawasan saya. Walaupun saya bukan Islam, tetapi tindakan mereka menghina saya dan rakyat Batu. “Rakyat tidak terima ajaran baru Datuk T yang tidak berakhlak yang cuba memainkan isu agama dengan politik kotor,” ujarnya yang mendapat tepukan gemuruh kira-kira 5,000 yang hadir.

Sementara itu, beliau menyatakan bahawa ajaran dan amalan sumpah sudah menjadi kebiasaan dilakukan penyokong dan pimpinan Umno, bagi menghalalkan tindakan mereka.

Tambah Tian Chua, maka tidak hairan sekiranya ramai yang bakal mengikut jejak langkah tersebut.

“Dulu kawan saya Ezam Mohd Nor juga bersumpah lapan kotak tidak mahu masuk Umno kerana Umno pengkhianat bangsa, negara dan agama.

“Selepas sumpah, beliau jadi ‘sumpah-sumpah’ dan bertukar warna masuk Umno. Semua ini adalah ajaran Umno yang sanggup persendakan agama,” katanya.

Ceramah perdana bertema ‘Kebangkitan Rakyat Sarawak’ itu berlangsung di Dewan Nusa Bakti yang turut menampilkan Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Timbalan Presiden KEADILAN, Mohamed Azmin Ali, Naib Presiden, Tian Chua, Ketua Wanita, Zuraida Kamaruddin serta penampilan khas Adun Ba’kelalan, Baru Bian dan bekas Imam Masjid Saidina Omar Al Khattab, Bukit Damansara, Ustaz Shamsul Firdaus Alhafiz.

Tiada ulasan: