KUALA LUMPUR — Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mencetuskan teka-teki bahang pilihan raya umum ke-13 dengan berkata ia mungkin diadakan pada satu tarikh atau bulan yang mempunyai nombor kegemarannya, 11.
Najib, yang juga Pengerusi Barisan Nasional, berkata kesukaannya pada nombor itu menyebabkan ramai pihak meramalkan bahawa pilihan raya umum kali ini akan diadakan pada 11 November ini.
Desas-desus menyebut pilihan raya umum kemungkinan diadakan Ogos atau November ini.
Beliau berkata demikian ketika menjadi jemputan khas program pagi stesen radio Hot.fm di Sri Pentas di sini hari ini.
Ketika ditanya lanjut oleh wartawan selepas program satu jam itu, Najib (gambar) berkata tarikh itu ditimbulkan oleh pihak yang suka membuat teka-teki tarikh pilihan raya “untuk mengisi masa terluang.”
“Saya rasa elok diteruskan teka-teki ini,” katanya dipetik Bernama Online hari ini.
Bagaimanapun, Najib menekankan perlunya untuk kerajaan BN terus bekerja melaksanakan program-program transformasi bagi menyakinkan rakyat.
“Pilihan raya boleh diadakan pada bila-bila masa, tak semestinya pada (bulan) 11 ataupun 11 hari bulan.
“Ini merupakan satu proses, selagi semboyan belum dibunyikan, kita masih buat kerja,” kata Perdana Menteri.
Apabila diminta mengulas lanjut sama ada kemungkinan tarikh tersebut besar, Najib berkata: “Tarikh itu ada kaitan dengan hidup saya, tapi sama ada pilihan raya itu... Wallahhualam”.
Terdahulu dalam program itu, beliau turut menjelaskan buat pertama kalinya kaitan nombor 11 pada dirinya.
Najib berkata nombor itu timbul dalam beberapa peristiwa penting dalam hidupnya.
Antaranya ialah Allahyarham ayahandanya, Tun Razak Hussein lahir pada 11 Mac 1922, ibunya Tun Rahah Noah lahir pada 11 Jun 1933, hari lahir anak pertama beliau juga pada 11 haribulan, dan Umno ditubuhkan pada 11 Mei 1946.
Najib menjadi Menteri Besar Pahang yang ke-11 (1982-1986) dan merupakan Orang Kaya Indera Shah Bandar yang ke-11.
Nombor plat kereta rasmi beliau juga bernombor 11.
18 ulasan:
pelbagai andaian mungkin dibuat mengenai tarikh PRU-13, namun tidak pasti lagi bila tarikh sebenar.
yang penting semua perlu sentiasa bersedia agar dapat menyediakan jentera yang mantap.
We'll see about it.
PM masih belum menetapkan tarikh PRU-13. namun, semua perlu sentiasa bersiap kerana bila-bila masa ia akan diumumkan.
The date for GE-13 could be held any day, so all parties should get ready.
All the best!
nampaknya teka-teki bila pilihanraya akan diadakan akan diteruskan..
banyak andaian dibuat berdasarkan kepada kenyataan PM berkaitan dengan nombor 11..
apa2 pun, kita tunggu sahaja pengumuman rasmi dari PM.
parti-parti samada BN atau PR harus mengelakkan sebarang pertelingkahan sesama parti komponen.
diharap kerajaan akan terus komited untuk membangunkan negara selaras dengan slogan rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan.
itu hnyalah sekadar andaian. tarikh sebenar belum lagi diketahui.
Masih belum diumumkan lagi.
Tidak semestinya ada angka 11..Itu terpulang dengan PM sendiri untuk menetapkan bila tarikh yang perlu untuk PRU13 akan datang.
Sekarang semua meramal angka 11 adalah angka untuk PRU13. Kerana 11 merupakan angka kegemaran atau nasib PM kita. Ini dikatakan semasa bersama Hot.FM baru-baru secara live mengatakan 11 adalah angka kegemaran beliau.
Beraneke ragam akan kita nampak tidak lagi.
ada kemungkinan tarikh 11.11.11 akan dipilih sebagai tarikh pilihanraya kali ini tapi itupun hanya kemungkinan.. walau apapun tarikh yang diputuskan, bersedialah lebih awal..
kita tunggu ja nnti pengumuman PRU oleh PM.
Catat Ulasan