Isnin, 9 Mei 2011

Pengacara Terkenal Berpoligami Lagi: Apa Rahsia Salih Yaakob Cukupkan Kuota 4 Dengan Gadis Berusia 24 Tahun Pelajar UiTM..

SEDAKA SEJAHTERA


saleh yakkob bin 4

Tengok tue gaya abang Salih Yaakob kita. Macho, gagah dan tampan. Jadi tak hairanlah bila semalam di Harian Metro Salih Yaakob menyatakan yang dia bakal berkahwin untuk melengkapkan kuota 4 isteri dengan seorang gadis berusia 24 tahun. Muda lagi tue beb. Paling tak tahan bakal isteri SY ialah seorang pelajar di UiTM Shah Alam. Hebat sungguh Abang SY.

Jadi marilah kita beramai-ramai (kaum lelaki sahaja) angkat tangan ke dahi dan membuat gaya tabik kepada Abang SY. Respek gila. Kesemua isteri-isteri SY telah bersetuju dengan permintaannya untuk mengambil gadis berusia 24 tahun ini sebagai isteri.

Apa pun tahniah kepada Salih Yaakob. Dengar cerita tak lama lagi Astro Warna akan keluarkan program bual bicara SY yang bertajuk SY I Follow.

Berdasarkan kronologi, perkahwinan pertama Salih berlangsung pada tahun 1980.

Setelah sembilan tahun berkahwin dan dikurniakan dua orang anak perempuan - Norliana, 25, dan Nurulazwa, 22, Salih meminta izin isterinya untuk berkahwin dengan Norlizah.

"Ketika saya mengalami penyakit misteri, saya bertemu dengan Norlizah. Setelah mengenal hati budinya dan melihat keserasiannya dengan saya, saya meminta izin isteri pertama saya ketika itu.

"Dengan izinnya, saya berkahwin dengan Norlizah pada tahun 1989. selepas kahwin, kami hidup bahagia tanpa masalah.

"Namun selepas sembilan bulan hidup bermadu, rumah tangga kami diduga. Campur tangan keluarga menyebabkan kami terpaksa bercerai.

"Walaupun saya amat sedih terpaksa berpisah dengan isteri dan dua anak tersayang, namun saya reda dengan semua itu," cerita Salih membuka cerita duka dalam hidupnya sebelum ini.
Walaupun perkahwinan pertamanya itu berakhir dengan perceraian, namun Salih tidak pernah berdendam.

Malah, Salih tetap melangsaikan tanggungjawab memberi nafkah kepada kedua-dua anaknya itu hinggalah mereka dewasa. Anak sulungnya telah melangsungkan perkahwinan pada Disember tahun lalu.

Malah perkahwinan anak sulungnya, Norliana dengan pasangannya diuruskan oleh ketiga-tiga isteri Salih.


Mereka bukan sahaja sama-sama berganding bahu bertiga malah turut membantu bekas isteri Salih bagi memastikan majlis berlangsung dengan teratur.

http://viomedia.altmedia.my/files.php?file=GUA/Entertainment/PRamlee_article02_917565038.jpg

"Sebagai lelaki dan suami, saya amat bersyukur kerana ditemukan jodoh dengan isteri-isteri yang amat taat kepada suami.

"Bagi saya inilah anugerah Allah SWT yang amat berharga untuk saya sebagai makhluknya. Sebenarnya bukan mudah mengemudikan tiga rumah tangga dengan aman dan damai jika tidak ada ilmu agama.

"Setiap wanita yang saya kawini bukan berlandaskan nafsu semata-mata. Tetapi mereka yang saya nikahi adalah seorang yang memahami al-Quran dan tahu hukum hakam agama.

"Selepas menikahi mereka, saya tidak tinggalkan mereka begitu saja. Saya membimbing mereka ke jalan Allah dan sentiasa berpesan kepada mereka harus ada keyakinan dan pegangan agama yang cukup.

"Sebagai seorang suami saya sentiasa berpegang pada akidah dan beriman serta beramal. Pesan saya kepada mereka mesti memahami al-Quran dan sentiasa lekat di hati.

"Bukan itu sahaja, malah saya sering mengingatkan kepada mereka bahawa apa juga yang akan berlaku adalah ketentuan Allah dan mereka harus terima," Salih berkongsi kisah mengenai isteri-isterinya.

Menurut Salih, setiap kali berkenalan dengan wanita dia bukan setakat mengenali hatinya malah menyelami jiwanya.

"Bagi saya perkahwinan bukan cinta dan jasad semata-mata tetapi ia adalah perkahwinan dengan roh dan jiwa. Jika kita berkahwin hanya kerana jasad, apa yang akan terjadi kita akan melihat wanita lain lebih cantik daripada isteri sendiri," akui Salih sambil tersenyum.

Disebabkan sikap keterbukaan Salih dan ketiga-tiga isterinya - Norlizah Mamat, 46, Norraha Hamat,42, dan Norfara Wahida Sulaiman, 32, hidup aman bahagia tanpa rasa cemburu atau benci.

Malah apa yang membanggakan isteri-isteri Salih hidup bagaikan adik beradik saling kunjung mengunjungi antara satu sama lain.

Perkahwinan Salih dengan Norlizah dikurniakan tiga orang anak - Irfan Izwan, 20, Irfan Sapuan,15, dan Norfarisya,12 tahun.

Salih yang berkahwin dengan Norraha pada tahun 1993 dikurniakan lima orang anak - Effa Madiha,16, Effa Najiha,13, Effa Soleha,12, Mohd. Ehsan,8, dan Effa Fateha tujuh tahun.

Norfara Wahida yang dikahwini pada tahun 2007 baru dikurniakan anak, Fara Aqeesya yang kini berusia 11 bulan.

Hidup Salih bersama tiga isterinya sebetulnya bukan saja dicemburui ramai lelaki bahkan, dia turut dikagumi jiran tetangganya.

Di sebalik kebahagiaan itu, Salih bagaimanapun tidak alpa dengan tanggungjawab yang dipikulnya. Demi memastikan dia tidak berjauhan daripada keiga-tiga isteri dan anak-anaknya, Salih membelikan rumah buat setiap isterinya di kawasan kediaman berhampiran.

Demi keadilan juga, Salih bergilir bermalam di rumah ketiga-tiga isterinya selain menjaga kebajikan mereka dan anak-anak bagi mengekalkan keharmonian rumah tangganya.
"Saya tidur di rumah isteri-isteri saya bergilir-gilir setiap satu malam. Ini bukan sahaja untuk memastikan kasih sayang kami suami isteri sentiasa berkekalan malah saya juga pentingkan anak-anak.

"Saya tidak mahu terpisah daripada anak-anak begitu lama. Jadi selepas semalam tidur di rumah isteri pertama, esoknya saya akan tidur di rumah isteri kedua dan seterusnya isteri ketiga.

"Mereka dan anak-anak tidak pernah mempersoalkan itu semua kerana tahu saya tidak pernah berat sebelah malah sentiasa adil," katanya berterus-terang.

Tiada ulasan: