Syarikat Prasarana Negara Berhad (SPNB) berkata MRT Lembah Klang juga akan memuktamadkan kerja-kerja pengubahsuaian laluan Sungai Buloh-Kajang akhir bulan depan, selepas sesi memperoleh maklum balas awam selama tiga bulan berakhir 14 Mei ini.
Kerja pecah tanah laluan pertama projek Transit Aliran Massa (MRT) akan diadakan pada 8 Julai ini manakala kerja-kerja penyediaan tapak akan dimulakan pada hujung bulan ini, demikian menurut Prasarana pada taklimat media di sini hari ini.
Prasarana juga berkata tender projek pula akan dibuka akhir bulan depan dengan anugerah tender yang pertama akan diumumkan November ini.
“Kerja-kerja pembinaan bagi cadangan laluan MRT Sungai Buloh-Kajang dijangka bermula pada penghujung tahun 2011, tertakluk kepada kelulusan skim laluan rel terakhri,” kata Pengarah Urusan Prasarana Zulkifli Mohd Yusoff.
Tambah beliau, hanya selepas laluan dan lokasi stesen ditetapkan “barulah anggaran kos boleh dibuat.”
Katanya, secara keseluruhan tender untuk projek akan diumumkan secara berperingkat-peringkat bagi semua pakej, bermula dari bulan depan sehingga penghujung 2012.
Zulkifli juga menjelaskan, kontraktor akan dipilih berdasarkan rekod pretasi, kestabilan kewangan dan pengalaman mereka manakala pemilik projek MRT Lembah Klang, SPNB komited dalam memastikan ketelusan dan penyerahan projek mengikut jadual menurut garis panduan yang telah ditetapkan kerajaan.
“Kerajaan menyedari tentang saiz dan kompleksiti inisiatif infrastuktur negara ini dan telah menetapkan garis panduan yang ketat bagi proses pemerolehan termasuk pemilihan kontraktor untuk pakej kerja,” Zulkifli.
Tempoh pembinaan yang dirancang bagi laluan Sungai Buloh-Kajang adalah dari 2011 hingga 2016 dan apabila siap kelak akan menyediakan perkhidmatan kereta api kepada 1.2 juta orang di sepanjang laluan itu.
Laluan itu akan digabungkan dengan laluan KTM Komuter, LRT dan rangkaian bas transit yang sedia ada.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan