Ahad, 22 Mei 2011

Kerajaan tidak pandai urus wang

Menurut Mahfuz pemberian subsidi merupakan cara kerajaan mengagihkan kekayaan negara kepada rakyat.



KUALA LUMPUR: PAS mendakwa kerajaan menarik balik subsidi rakyat kerana mereka tidak tahu mengurus kewangan negara.

Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar pada masa sama menyelar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang berkata rakyat Malaysia penagih subsidi.

“Kenyataan Najib ini menghina rakyat Malaysia kerana tanggungjawab kerajaan yang memerintah membantu mengurangkan beban rakyat.

“Tetapi kepada pelabur diberi subsidi yang dipanggil insentif, pengeluar tenaga bebas (IPP) diberi subsidi,” katanya dalam sidang media di pejabat agung PAS hari ini.

Najib dipercayai membuat kenyataan itu ketika mengadakan lawatan ke Amerika Syarikat.

Menurut Mahfuz pemberian subsidi merupakan cara kerajaan mengagihkan kekayaan negara kepada rakyat.

“Akan berlaku kenaikan harga barangan apabila subsidi ditarik balik,” tambahnya.

Beliau mencadangkan kerajaan mengurangkan perbelanjaan yang tidak perlu bagi menjimatkan wang negara.

Pembaziran itu menurutnya termasuk pembiayaan percutian kaki tangan kerajaan kerana mereka membawa anak isteri bersama.

Tiada ulasan: