Khamis, 5 Mei 2011

KASARI ORANG AWAM, JAIKOL DITAHAN KERJA


Oleh: JABATAN PENJARA MALAYSIA

PADA 1 Mei 2011, laman web Sabahkini.net telah menyiarkan laporan berhubung tindakan oleh Pengarah Sekolah Henry Gurney Keningau dan rakan-rakannya yang menggunakan kekerasan terhadap orang awam iaitu Encik Ben Cheah Pin Xen. Kejadian dilaporkan berlaku pada lewat malam 30 April 2011 di sebuah kedai runcit 24 jam di Kenungau, Sabah dan ianya telah mengakibatkan kecederaan dialami oleh Ben Cheah Ping Xen.

Sekiranya hasil siasatan menunjukkan pegawai oenjara tersebut terlibat, adalah ditegaskan sedemikian merupakan tindakan individu dan tidak berkaitan dengan Jabatan Penjara.

Malah Jabatan Penjara tidak akan berkompromi dengan mana-mana kakitangannya yang mengambil tindakan di luar batasan undang-undang kerana ia boleh menjejaskan imej jabatan dan penjawat awam. kejadian seharusnya tidak berlaku kerana Jabatan Penjara melalui dasar keselamatan dan pemulihannya memberi keutamaan kepada kepentingan dan keselamatan orang awam.

Kes tersebut masih dalam siasatan oleh pihak polis dan Jabatan Penjara akan memberi kerjasama sepenuhnya kepada pihak polis agar siasatan dapat dijalankan dengan lancar serta pihak yang terlibat diambil tindakan sewajarnya.

Bagi memudahkan siasatan dijalankan, Pegawai kini telah ditukarkan dari Sekolah Henry Gurney Keningau dan seterusnya DITAHAN KERJA.

Di samping itu juga, jabatan telah menjalankan siasatan dalaman bagi membolehkan tindakan tata tertib sewajarnya dapat diambil sebaik sahaja siasatan oleh polis dan tindakan undang-undang selanjutnya telah selesai.

(NOTA: Kenyataan media ini dikirim melalui email oleh Ketua Unit Sekretariat dan Perhubungan Awam, Jabatan Penjara Malaysia, Kementerian Dalam Negeri, Ibu Pejabat Penjara Malaysia, Bukit Wira, 4300 Kajang, Selangor)

Tiada ulasan: