Sabtu, 14 Mei 2011

Himpunan aman bantah kilang radioaktif Lynas di pejabat DAP Kuantan, 15 Mei

KEADILAN DAILY




KUANTAN: Bantahan rakyat terhadap pembinaan kilang memproses ‘rare earth’ milik Lynas Corporation Ltd diteruskan lagi dengan himpunan aman di hadapan
pejabat DAP Kuantan di Jalan Beserah pada hari Ahad, 15 Mei jam 11 pagi.

Timbalan Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Indera Mahkota, Ahmad Shahrizan Safrim memaklumkan, perhimpunan itu dianjurkan oleh Parti Tindakan Demoratik (DAP) Kuantan.

Turut dijangka hadir ialah Ahli Parlimen Kuantan Fuziah Salleh, Ketua Pemuda Sosialis DAP Anthony Loke, Ahli Parlimen Serdang Teo Nie Ching, dan pimpinan Pakatan Rakyat tempatan.

“Kita akan meneruskan bantahan selain dari edaran risalah kepada orang ramai mengenai bahaya dari kesan radioaktif.

“Ini merupakan program lanjutan selain ceramah penerangan dan penyerahan memorandum ke Kementerian berkaitan,” jelas Shahrizan.

Pada 8 Mei, himpunan yang sama berjaya diadakan di Teluk Cempedak dengan kehadiran lebih 1000 orang termasuk wanita, kanak-kanak dan warga emas.

“Orang ramai diseru untuk hadir dan memberikan sokongan kerana ini perhimpunan aman untuk kepentngan semua pihak,” kata Shahrizan.

Tiada ulasan: