Selasa, 10 Mei 2011

Gaji Kakitangan Awam 2011 Akan Naik?

kenaikan gaji kakitangan awam Gaji Kakitangan Awam 2011 Akan Naik?

Staff Berita Semasa


Diberitakan bahawa kakitangan awam bakal menerima kenaikan gaji tahun ini.Sudah pasti ramai kakitangan awam yang tersenyum-simpul mendengar tentang ura-ura kenaikan gaji pada tahun ini.Dengan kos taraf hidup yang semakin meningkat, kenaikan gaji kakitangan awamini dapat dilihat secara positif untuk membantu meringankan bebanan kakitangan awam yang bergaji rendah.

Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) memohon kerajaan melakukan pelarasan gaji tahun ini, berikutan kenaikan harga barangan yang semakin membebankan penjawat awam.

Presidennya, Datuk Omar Osman berkata, kenaikan harga barang itu menyebabkan perbelanjaan penjawat awam bertambah lebih RM500 setiap bulan sedangkan pendapatan bulanan tidak berubah.

Penyelarasan yang boleh dibuat dengan mengambil kira purata perbelanjaan tambahan penjawat awam itu sekurang-kurangnya boleh meringankan beban mereka, kata Omar kepada pemberita, di sini hari ini.

Beliau yang ditemui selepas merasmikan mesyuarat agung Kesatuan Pembantu Tadbir Pelajaran (Keptan) Perlis, berkata, Cuepacs juga mencadangkan agar bantuan sara hidup (Cola) semua penjawat awam diselaraskan kepada RM300 sebulan.

Ini kerana katanya, kos sara hidup di luar bandar juga semakin meningkat seperti di bandar.

Omar berkata, Cuepacs juga mencadangkan elaun tetap perumahan untuk penjawat awam yang bergred 40 dan ke bawah dinaikkan kepada RM350 sebulan berbanding RM180 sekarang.

“Mana ada rumah yang boleh disewa RM180 sebulan di kawasan bandar malah di luar bandar juga sewa rumah telah meningkat,” katanya. — Bernama

Pendapat kami, sememangnya wajar kenaikan diberi kepada kakitangan awam.Tetapi, kami lebih berpendapat, kenaikan itu bukan diberi kepada gaji, tetapi kepada elaun yang diterima.Ini bagi kami lebih baik.Rata-rata kakitangan awam, yang baru mula bekerja sudahpun melepasi tahap gaji minimum yang dicadangkan oleh kerajaan iaitu RM 700.

Tetapi, tentang elaun, itu sememangnya boleh dipertimbangkan.Elaun seperti Imbuhan Tetap Perumahan (ITP), dan elaun COLA, sepatutnya boleh diselaraskan. Rata-rata rumah sekarang yang berharga dalam lingkungan RM 100,000, bayaran bulanannya sahaja adalah RM 600++ sebulan. Itupun bergantung kepada negeri.Kalau yang tinggal di bandar-bandar besar, rumah RM 100k itu pun belum tentu lagi selesa.

Jadi, elaun ITP memang perlukan pelarasan yang lebih baik.Cadangan kami minimum adalah RM 300, bermula dari Gred 1-17.Ini akan mengurangkan sedikit sebanyak beban yang dihadapi oleh kakitangan awam yang bergaji rendah.Begitu juga dengan COLA, ianya tidak adil hanya memberikan autoriti kepada penjawat-penjawat awam di bandar besar sahaja.

Kenaikan kos hidup dan makanan, tidak termaktub hanya kepada sesebuah negeri.Seluruh rakyat Malaysia terasa bahangnya apabila kos hidup meningkat.Macam kakitangan awam Johor, mendapat elaun COLA RM 300 sebulan.kalau dibandar besar, seperti Johor Bahru dan sebagainya, tidak mengapa, tetapi kalau yang tinggal di Muar, adakah kos hidup mereka sama seperti kakitangan awam yang tinggal di Johor Bahru?

Bagaimana pula kakitangan awam yang tinggal di Melaka?Rasanya kos hidup di Melaka sudahpun melebihi kos hidup kakitangan awam di Muar.Namun, elaun COLA yang diterima hanyalah RM 200.Adakah ianya adil? Oleh sebab itu, ada 2 cara yang baik untuk diadaptasi oleh kerajaan dalam pemberian elaun COLA iaitu:

  • Elaun COLA mengikut Daerah, bukan lagi mengikut Negeri
  • Selaraskan elaun COLA secara samarata kepada semua kakitangan awam di semua negeri

Ini bagi kami, lebih baik.Bagitupun, hanya kerajaan yang memerintah sahaja yang dapat membuat keputusan mengenai kenaikan gaji kakitangan awam ini.Walaupun khabar angin mengenai kenaikan gaji ini sudah pun bertiup kencang, ianya tidak akan menjadi kenyataan sekiranya tiada pengumuman yang dibuat oleh kerajaan.

Apa pendapat anda mengenai kenaikan gaji kakitangan awam ini?

P.S. Harap kerajaan membuat keputusan yang terbaik untuk kakitangan awam dan tidak melupakan juga perhatian yang diperlukan kepada pekerja Swasta.

Tiada ulasan: