Selasa, 24 Mei 2011

DAP Lancar Portal Berbahasa Melayu, Roketkini

TVS NEWS



KUALA LUMPUR: DAP hari ini melancarkan portal berita bahasa Melayu, Roketkini untuk mendekati masyarakat dan sebagai usaha menonjolkan bahawa parti itu adalah untuk semua.

Portal itu yang memberi tumpuan kepada berita dan analisis dipercayai untuk menarik sokongan pengundi Melayu, yang selama ini dianggap anti-DAP.

Menurut Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng, portal berkenaan akan dikendalikan oleh editor, Wan Hamidi Hamid.

Antara lain, portal Roketkini akan menjadi medan kepada parti untuk menyampai dan memperbetulkan isu-isu yang dieksploitasi oleh pembangkang untuk menjatuhkan imej DAP.

Tiada ulasan: