Khamis, 5 Mei 2011

BOB KIRIM SALAM KEPADA ' HALIM JUSOH ' ADUN PERMAISURI

http://buletinonline.net/images/stories/berita46/awiehentambon.jpgBULETIN ONLINE


SETIU
- Bob Lokman minta sidang hadirin khususnya warga DUN Permaisuri 'kirim salam' kepada ADUN Permaisuri dari BN, Halim Jusoh, kerana katanya Halim adalah kawan lama beliau.

"Kawasan Permaisuri ni saya ada kawan, kawan lama...... lama tak jumpa dengan dia, tiba-tiba dengar dia dah jadi wakil rakyat, namanya Saudara Halim Jusoh,

"takut dia ada dalam ramai-ramai ni, lama saya tak jumpa dia, siapa-siapa yang ada jumpa dia, atau ada duduk sebelah Halim Jusoh, cakap (dengan dia) saya kirim salam,

"sebab sekarang ni, kalau saya telefon dia dah tak jawab lagi, dudlu-dulu kalau telefon selalu jawab, sekarang semenjak kita masuk PAS ni, jadi macam bermusuh pula,"ujar Bob ketika memulakan ceramahnya di Kampung Alor Serdang, Permaisuri, dekat sini, 30 April lalu.

Bob turut memberitahu lebih 500 hdirin yang hadir, bukan sahaja orang politik sudah 'tidak suka' kepada beliau, tetapi juga dikalangan artis yang menjadi kawan lamanya.

Menurutnya beliau terkejut apabila membaca berita yang disiarkan akhbar Harian Metro yang bertajuk 'Awie hentam Bob', sedangkan kata Bob, Awie adalah kawan baiknya.

http://buletinonline.net/images/stories/berita46/bobtemuwarisnyadisetiu.jpg"Awie kawan baik saya, saya menguruskan Aie ni sebelum dia rakam album lagi, saya berkawan dengan dia, dia selalu belanja saya makan, sebab dia anak orang kaya,

"belanja saya makan...petang-petang, saya tak ada duit masa tu, sebab saya tak ada duit,"ujar Bob menceritakan kisahnya.

Apabila ditemui Buletinonline, Bob kata dia tidak marah kepada Awie kerana mungkin Awie salah faham.

Ikuti dibawah, siaran berita akhbar terbabit dan Lihat dan Dengar penjelasan Bob Lokman melalui ceramahnya di Buletin Online Channel dan Buletinonline Radio

Bob yang agak letih, kerana sudah tidak pulang ke rumah sejak 5 hari lalu, bagaimana pun gembira apabila bertemu seorang 'warisnya' Ayah Lah (gambar kiri bawah) yang tinggal di Balik Bukit, Permaisuri.

Mereka berdakapan dan bertanya khabar serta mengucapkan salam sejahtera, sebelum Bob berlepas pula untuk menghadiri program di Batu Pahat, selepas sehari sebelumnya, berceramah di negeri Kedah.

Tiada ulasan: