KUALA LUMPUR: Laman blog Tun Dr Mahathir Mohamad chedet.co.cc mengalami beberapa masalah akibat serangan malware.
Pegawai khas beliau, Sufi Yusof, berkata serangan pertama terhadap laman blog itu berlaku pada 7 April tetapi diisytihar "bersih" oleh enjin carian global Google pada 12 April.
Laman blog itu sekali lagi diserang malware pada 22 April dan langkah sedang diambil untuk mendapatkan pengesahan Google bahawa chedet.co.cc bebas daripada malware, katanya kepada BERNAMA hari ini.
Akibat serangan malware, kelajuan komputer semakin berkurangan terutamanya ketika melayari internet kerana dibebani parasit komputer.
Sufi berkata setelah laporan dibuat kepada Google, pihaknya memerlukan masa tiga atau empat hari untuk mendapatkan pengesahan bahawa tapak itu bebas daripada malware.
Katanya jika perlu, laman blog itu akan dipindahkan ke tapak lain. "Sekiranya kami tidak dapat selesaikan perkara ini dengan Google, mungkin kami perlu menimbang pilihan untuk memindahkan chedet.co.cc ke tapak lain memandangkan masa rosaknya menimbulkan keadaan kucar-kacir.
"Pembaca kami tidak dapat masuk serta membaca dan memberi komen, manakala pengiklan pula tidak boleh mendapat pendedahan melalui ruang yang mereka ambil.
Bagaimanapun, buat masa ini, kami menanganinya secara satu persatu dan pemindahan hanyalah suatu pilihan," katanya.
Pembaca dari seluruh Malaysia menghadapi masalah untuk melayari laman blog itu apabila cubaan mereka untuk masuk disekat.
1 ulasan:
salam.dulu blog saya pernah jadi macam ni..so,readers tak dapat baca.
setelah di kaji.blog saya ade letak url blog che det tu.blog tu di serang malware.so,saya buang url tu dalam bloglist saya.lepas tu blog saya kembali ok.
sekadar berkongsi pengalaman :)
Catat Ulasan