Rabu, 11 Mei 2011

Anwar, Dr Wahba Al-Zuhaily dalam seminar Maqasid Syariah di Melaka

KEADILAN DAILY

KUALA LUMPUR: Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan bersama ulama terkemuka, Prof Dr Sheikh Wahba Mustafa Al-Zuhaily sebagai ahli panel dalam Seminar Maqasid Syariah di Melaka, 13 Mei.

Profesor Dr Sheikh Wahba Mustafa al-Zuhayli dilahirkan 1932 di Dair Atiah, Syria merupakan seorang tokoh ulama dan cendikiawan Islam yang disegani khususnya dalam hukum syarak dan falsafah undang-undang Islam.


Beliau kini seorang pendakwah di Masjid Badr, Dair Atiah dan banyak mengarang buku mengenai perundangan sekular dan Islam, yang kebanyakannya diterjemah ke dalam bahasa Inggeris.

Dr Wahbah juga merupakan Pengerusi Perundangan Islam di Kolej Shariah, Universiti Damascus.

Seminar Maqasid Syariah itu merupakan sebahagian siri Jelajah Anwar yang bertema ‘Ubah Sekarang- Selamatkan Malaysia, selepas mengelilingi beberapa negeri, termasuk Johor, Perak dan Negeri Sembilan baru-baru ini.

Selain Anwar dan Dr Wahbah, ia turut mengundang Ketua Penerangan KEADILAN, Dr Muhammad Nur Manuty yang juga bekas pimpinan Abim dan Pesuruhjaya Pas Melaka, Abdul Ghani Abdul Rahman sebagai Ahli panel.

Program itu akan bermula jam 5 petang bertempat di Hotel Straits Meridian, Bukit Baru.

Sebelum itu, KEADILAN Melaka akan mengadakan acara perasmian bangunan pejabat barunya di Taman Bukit Piatu Mutiara, pada jam 4 petang.

Ia diteruskan pada jam 7.15 petang dengan solat maghrib berjemaah di Markas Pas Bukit Katil diikuti solat hajat Perdana untuk menjauhkan fitnah terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Prof Sheikh Prof Dr Wahbah Mustafa Zuhaily akan menyampaikan tazkirahnya sejurus selepas itu.

Kemuncak acara adalah ceramah perdana yang diadakan di di Kampung Duyung Tengah, Mukim Duyung yang turut dihadiri Anwar dan pimpinan Pakatan Rakyat.

Antara penceramah yang akan menyampaikan ucapan Pengerusi Majlis Pimpinan KEADILAN Negeri Melaka, Shamsul Iskandar Mohd Akin, Pesuruhjaya Pas Melaka, Abdul Ghani Abdul Rahman, Pengerusi Biro Pemahaman Dan Pemantapan Agama KEADILAN (Bippa), Ahmad Kassim, Pengerusi DAP Melaka, Goh Leong San dan Ahli Parlimen
Selayang, William Leong Jee Keen.

Satu lagi ceramah perdana akan dihadiri Anwar di Batu 8, Paya Rumput yang terletak di belakang Kilang Plastic IKS Paya Rumput yang turut membariskanpenceramah yang sama, selain Anwar yang akan akan turut menyampaikan pidato beliau.

Tiada ulasan: