Jumaat, 20 Mei 2011

Anti-Lynas redah hujan, polis protes di KL




KUALA LUMPUR — Sekitar 250 orang menyertai perarakan anti-Lynas dengan meredah hujan dan kehadiran polis yang ketat, membantah pembinaan loji pemprosesan nadir bumi RM700 juta di Gebeng, Pahang.

Tanpa mempedulikan anggota polis dan tujuh trak FRU yang ditempatkan di Jalan Yap Kwan Seng di sini, penunjuk perasaan, sebahagian daripada mereka datang dari Kuantan, melaung “Hentikan Lynas!” kerana bimbang loji itu akan memudaratkan kesihatan dan keselamatan orang ramai.

Anggota jawatankuasa perhubungan awam kempen Selamatkan Malaysia, Hentikan Lynas, Clement Chin memberitahu The Malaysian Insider bahawa penduduk Kuantan bertolak ke ibu negara pagi ini dengan menaiki enam bas.

Tiada ulasan: