Isnin, 2 Mei 2011

Anak lelaki Osama antara empat turut terbunuh

Reuters

WASHINGTON— Amerika Syarikat (AS) percaya bahawa seorang anak lelaki Osama bin Laden, antara empat yang turut terbunuh dalam operasi di Islamabad yang meragut nyawa pengasas dan ketua rangkaian Al-Qaeda itu.

Kesemua lima orang termasuk Osama maut dalam serangan di ibu negara Pakistan itu.

Tentera Pakistan kemudian mengepung kawasan rumah di mana Osama terbunuh, demikian menurut pegawai-pegawai pentadbiran Obama hari ini.

Laporan Reuters menyebut daripada empat yang turut terbunuh itu, seorang adalah wanita.

Daripada tiga lelaki dewasa, seorang merupakan anak Osama.

“Selain Osama bin Laden, tiga lelaki dewasa turut terbunuh dalam operasi ini,” kata seorang pegawai AS yang enggan namanya didedahkan.

Dua lelaki terbabit bertindak sebagai penghantar utusan dan yang ketiga pula merupakan anak lelaki Osama.

“Seorang wanita terbunuh apabila dia digunakan sebagai perisai oleh seorang lelaki penempur.

“Dua lagi wanita turut cedera,” kata pegawai itu.

Operasi mengepung Osama ini berlarutan kira-kira 40 minit.

Tiada ulasan: