Jumaat, 20 Mei 2011

AMK Tangguh Demo Utusan, Fokus Serah Memo Ke Kedutuaan Australia

Ditulis oleh ZeanaAima


SHAH ALAM : Angkatan Muda Keadilan (AMK) menangguhkan perhimpunan aman memprotes syarikat akhbar Utusan Malaysia yang menyiarkan laporan berunsur fitnah dan lucah.

Timbalan Ketua Penerangan AMK, Rozan Azen Mat Rasip berkata, penangguhan itu dibuat berikutan mahu memberi tumpuan lepada penyerahan memorandum di Kedutaan Australia berhubung isu luji pemprosesan nadir bumi Lynas.

"Kita tidak batalkan, cuma tangguhkan. Kita mahu beri tumpuan untuk jayakan perhimpunan aman mengenai loji pemprosesan nadir bumi di Kedutaan Australia," kata Rozan.

AMK juga bertindak menangguhkan perhimpunan aman itu berikutan enggan melayan provokasi dari Pertubuhan Peribumi Perkasa (PERKASA) yang secara tiba- tiba mahu menyerahkan memorandum kepada Utusan.

"PERKASA akan menyerahkan satu memorandum kepada Utusan Malaysia di pejabat Utusan, Jalan Chan Sow Lin," kata Setiausaha Agung PERKASA, Syed Hassan Syed ALi.

Sehubungan itu, AMK akan menyertai perhimpunan aman membantah pelaksanaan kilang pemprosesan tanah jarang yang menghasilkan radiasi, Thorium.

Meskipun pelbagai pihak berkepentingan menjamin keselamatan projek ini, namun ia masih diragui banyak pihak termasuk penduduk setempat.

Ahli Parlimen Kuantan Fuziah Salleh sebelum ini berkata kadar 0.16 peratus Thorium akan berlaku kumulasi seiring dengan masa dan tahap pengeluaran tanah jarang yang diproses.

Maka peratusan perlepasan bahan radioaktif itu akan kemungkinan menghasilkan pada kadar yang lebih banyak dan akan memberi kesan bukan sahaja kepada alam sekitar tetapi juga masyarakat Gebang, Kuantan.

Tiada ulasan: