Ahad, 20 Februari 2011

PRU13: MB Kedah yakin PAS akan tambah kerusi

BERNAMA

ALOR SETAR – Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak, yakin PAS dapat mencapai dua pertiga daripada bilangan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Kedah pada pilihan raya umum (PRU) akan datang.

Beliau berkata kawasan-kawasan yang berpotensi telah dikenal pasti dan berharap semua peringkat kepimpinan PAS akan menggembleng tenaga mengatur strategi bagi menghadapi PRU akan datang.

“Semua penyokong PAS juga perlu mendaftar sebagai pemilih dan jangan hanya sekadar menyokong tapi tidak mengundi,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Perhimpunan 30,000 Pemuda PAS di Kota Sarang Semut, dekat sini, hari ini.

Azizan berkata PAS perlu melipatgandakan usaha untuk mengekalkan tampuk pentadbiran negeri itu.

Pada masa ini, Pakatan Rakyat memegang 20 kerusi DUN di Kedah manakala Barisan Nasional (BN) 14 dan dua lagi kerusi bebas.

Tiada ulasan: