Rabu, 23 Februari 2011

PAS tidak letak harapan tinggi di Kerdau

"Tidak ada harapan yang tinggi tetapi sekadar mahu membuat kejutan. Tetapi peluang 50-50.


PETALING JAYA: PAS tidak meletakkan harapan yang tinggi dalam pilihanraya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kerdau, 6 Mac depan, kata Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

“Tidak ada harapan yang tinggi tetapi sekadar mahu membuat kejutan. Tetapi peluang 50-50.

“Tetapi kena bekerja keras dan menggunaka taktik yang betul, pilihanraya kecil ini tidak boleh dijadikan ukuran kekuatan sebenar PAS kerana penggunaan wang ringgit dan jentera kerajaan oleh BN” katanya ketika dihubungi hari ini.

Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) menetapkan Sabtu ini sebagai hari penamaan calon dan 6 Mac depan hari mengundi.

Pilihanraya kecil Kerdau diadakan berikutan kematian wakil rakyatnya Datuk Zaharuddin Abu Kassim akibat serangan jantung 12 Febuari lalu.

Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat akan mengumumkan calon PAS dalam satu majlis di Kerdau, Khamis ini.

Tuan Ibrahim yang juga pengarah pilihanraya Kerdau berkata, kekuatan BN kerana ada tiga kawasan Felda satu Felcra yang sekian lama mengundi Umno.

Bagaimanapun, menurutnya, kini mula kelihatan bahawa generasi kedua Felda berani menyokong pembangkang setelah Pakatan Rakyat mendedahkan penyelewengan agensi tanah tersebut.

“Dengan pendedahan dan maklumat yang dibuat oleh Pakatan Rakyat nampaknya mereka mula menyebelahi kita,” katanya.

Ketika diminta mengulas dakwaan bahawa PAS telah mengalami kemeroston sokongan di kalangan pengundi Melayu, Tuan Ibrahim berkata, “cuma merosot di kawasan tertentu.”

“Merosot di kawasan perkampungan tradisi Melayu kerana mereka tidak mendapat malkumat.

“Tetapi di kawasan bandar pengundi Melayu tetap menyokong PAS dan Pakatan Rakyat,” katanya.

Baru-baru ini, Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Mansor mendakwa sokongan orang Melayu kepada PAS telah merosot.

Tiada ulasan: