Khamis, 10 Februari 2011

Mahasiswa UM Bantah Wajibkan Calon PRK Sertai Bengkel HEPA

TVS NEWS



KUALA LUMPUR: Kumpulan pro-mahasiswa Universiti Malaya(UM) membantah tindakan Hal Ehwal Pelajar & Alumni(HEPA) yang mewajibkan semua calon Pilihanraya Kampus(PRK) menghadiri bengkel calon yang dianjurkan pihak universiti.

Tindakan ini kononnyasebagai satu perubahan dan syarat utama untuk menjadi calon, jika tidak hadir secara automatik tidak layak menyertai PRK.

Bengkel akan bermula 11 hingga 13 Febuari 2011.

Mengikut taklimat yang dibuat oleh Timbalan Naib Canselor HEPA Dr Rohana Man bengkel ini terpaksa diadakan kerana kegagalan Ahli Majlis Perwakilan Mahasiswa Universiti Malaya(MPMUM) menjalankan tugas,menerangkan sistem baru PRK dan menerangkan misi dan visi universiti.

Bagaimanapun diperingkat Pro-Mahasiswa dalam satu kenyataan mempersoalkan mengenai perkara berkenaan.

"Kerana persoalan MPMUM tidak berkualiti hanya timbul ketika dibawah penguasaan Penggerak Mahasiswa (Pro HEPA) tahun lalu, tetapi ia tidak timbul ketika di bawah pemerintahan Pro-Mahasiswa.

"Bahkan ketika di bawah Pro-M , kita berjaya melakar nama universiti dalam beberapa perkara seperti ranking dan feskum. Kita mencabar sesiapa sahaja untuk menafikan kenyataan ini. Ia juga sebagai bukti bahawasanya kepimpinan yang ditawarkan oleh Penggerak Mahasiswa ataupun dulu dikenali sebagai Aspirasi adalah tidak berkualiti," kata kenyataan yang disokong lebih 14 persatuan anak negeri Universiti Malaya.

Selain itu, jelas kenyataan itu lagi perjalanan proses demokrasi dan pilihan raya kampus bukan hanya perlu difahami oleh calon yang bertanding sahaja, tetapi juga perlu difahami oleh kesemua mereka yang terlibat dalam sistem pilihan raya dan demokrasi ini.

Dengan erti kata yang lain, sekiranya alasan taklimat yang diberikan sehingga terpaksa membuat bengkel ini, maka sebenarnya bagi memastikan perjalanan demokrasi ini berjalan lancar, maka semua mahasiswa perlu mengikuti bengkel ini dan bukan hanya terhad pada calon sahaja.

Kumpulan pro-M ini juga membangkitkan beberapa cadangan dan pemasalahan sekiranya bengkel ini diteruskan.

Antaranya ialah bengkel ini melibatkan kos yang tinggi dan wang ini boleh digunakan untuk kebajikan mahasiswa.

"Mewajibkan bengkel ini terhadap calon adalah seperti memperlekehkan kepimpinan dan kredibiliti mahasiswa untuk diangkat sebagai seorang pemimpin. Dengan erti kata yang lain, mahasiswa kelihatan seperti tidak tahu memimpin sehingga HEPA perlu bengkelkan bagi memberikan kemahiran kepimpinan pada mahasiswa," kata kenyataan itu lagi.

Justeru kita mencadangkan agar bengkel dibuat selepas diisytiharkan keputusan Majlis Perwakilan Mahasiswa. Hal ini akan memberikan banyak kebaikan antaranya pengisian yang lebih membumi dan bersesuaian, juga boleh ditubuhkan sekali kabinet baru MPMUM.

Oleh itu, Pro Mahasiswa menegaskan supaya bengkel calon ini tidak menjadi syarat wajib kepada bakal calon yang ingin menyertai pilihan raya kampus.

Tiada ulasan: