Jumaat, 4 Februari 2011

Interlok: Penentangan belum berakhir, kata Hindraf

Zaidatul Syreen Abdul Rashid

Hindraf Makkal Sakthi akan menganjurkan satu perarakan perpaduan menentang perkauman di KLCC pada 27 Februari ini.

hindraf anti interlok rally poster 030211Penyelaras kebangsaan Hindraf, W Sambulingam berkata perhimpunan itu adalah untuk membantah Interlok, novel kontroversial yang digunakan sebagai teks sastera Tingkatan Lima.

Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 27 Januari lalu mengumumkan novel tersebut kekal sebagai teks sastera subjek Bahasa Malaysia untuk Tingkatan Lima, tetapi dengan pindaan dibuat kepada bahagian yang dianggap sensitif oleh masyarakat India

Sambulingan, ketika dihubungi Malaysiakini berkata, pihaknya mahu buku itu ditarik balik.

Dianya mengenai rancangan atau pendekatan selain daripada mengadakan perhinmpunan tersebut, Sambulingam berkata, pihaknya tidak akan mengamalkan sebarang kekerasan.

"Jika polis menyembur meriam air ke atas kami... kami terima," tambah beliau.

Katanya tempat perhimpunan adalah di KLCC pada jam 9 pagi dan lokasi (bagi bulan Mac), akan dirahsiakan sehinggalah tiba waktunya, bagi memastikan rancangan mereka dapat diadakan.

Tiada ulasan: