Selasa, 14 September 2010

Zeti Dipilih Antara Ketua Bank Pusat Terbaik Dunia

BERNAMA

KUALA LUMPUR: Majalah yang beribu pejabat di New York, Global Finance, menamakan Gabenor Bank Negara Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz sebagai seorang daripada ketua bank pusat terbaik dunia sepanjang setahun lalu di kalangan lima ketua bank pusat yang lain di lima negara dan Presiden Bank Pusat Eropah Jean-Claude Trichet.

Zeti dan enam ketua bank pusat yang lain itu diberikan gred "A" dalam rencana tahunan terbitan majalah berkenaan yang bertajuk "Central Banker Report Card" bagi kejayaan dalam bidang seperti kawalan inflasi, sasaran pertumbuhan ekonomi, kestabilan mata wang dan pengurusan kadar faedah.

Gred berkenaan adalah antara A hingga F, dengan A yang tertinggi manakala F terendah. A menunjukkan prestasi cemerlang dan F pula kegagalan, demikian menurut Global Finance dalam satu kenyataan hari ini.

Ketua bank pusat yang lain yang menerima gred tertinggi ialah Ketua Bank Pusat Australia Glenn Stevens, Stanley Fischer (Israel), Lee Seong-tae (Korea Selatan), Fai-Nan Perng (Taiwan), Durmus Yilmaz (Turki) dan Trichet (Kesatuan Eropah).

Majalah berkenaan mempunyai pembaca di 163 negara yang terdiri daripada pengamal kewangan syarikat-syarikat multinasional, dan mempunyai pejabat di London dan Milan, selain ibu pejabat di New York.

11 ulasan:

samm berkata...

pencapaian ini membanggakan negara kita. kekalkan prestasi cemerlang ini agar negara kita lebih dihormati.

Tanpa Nama berkata...

satu pencapaian yang amat baik, ini menunjukkan bahawa malaysia mempunyai sistem perbankan yang terbaik. pencapaian seperti ini perlu dikekalkan.

Hosie Masie berkata...

Tahniah kepada TanSri Dr Zeti Akhtar Aziz kerana menjadi sala soerang daripada ketua bank pusat terbaik dunia. Ini sungguh membanggakan negara kita dengan kejayaan Gabenor Bank Negara ini.

Anak Sabah berkata...

Hebat, teruskan usaha. Diharapkan ada lebih banyak rakyat Malaysia yang membanggakan negara dengan prestasi yang cemerlang.

Tanpa Nama berkata...

ini merupakan satu kejayaan diperingkat global yang sudah tentu menaikkan imej negara sekaligus memberikan kesan positif kepada negara. dengan adanya pengiktirafan ini, diharapkan selepas ini lebih ramai pelabur datang melabur ke Malaysia.. tahniah kepada Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz

Hamdan Hadillah berkata...

Memang ini kejayaan yang menaikkan nama negara kita disemerata dunia. Gabenor Bank Negara menjadi pilihan dalam top 5 dari negara lain. Apa pun tahniah dengan kejayaan ini.

madd berkata...

tahniah...ini membuktikan rakyat negara kita berkebolehan tinggi. semoga kecemerlangan ini dapat diteruskan.

Tanpa Nama berkata...

pencapaian zeti adalah pencapaian negara juga, beliau telah menaikkan imej negara.

Bi berkata...

Bangga dengan pencapaian beliau dan ini menaikkan lagi semangat untuk menjadi yang terbaik dalam semua hal. Sama2 kita memajukan diri..

Unknown berkata...

Kredibiliti T.S.Zeti dalam menangani kegawatan ekonomi negara baru-baru ini amat mengkagumkan

Unknown berkata...

bangga terhadap wanita yang berjaya seperti T.S.Zeti