Selasa, 14 September 2010

Wanita PKR kutuk pembunuhan kejam ke atas wanita


LOGO PKR 1 FREE MALAYSIA TODAY

PETALING JAYA: Wanita PKR mengucapkan simpati dan takziah kepada keluarga Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga yang lain atas pembunuhan kejam ke atas mereka beberapa hari lalu.

Berikutan kejadian itu, ketuanya Zuraida Kamaruddin mengecam pembunuhan ke atas jutawan kosmetik dan tiga rakannya ketika lebaran sambil menyifatkan perbuatan terkutuk dan sesuatu yang kejam dan zalim.

Selain Sosilawati, turut dibunuh pemandunya Kamaruddin Shamsudin, 44; serta pegawai bank CIMB Kampung Baru, Noorhisham Mohammad, 38; dan peguam peribadi Ahmad Kamil Abdul Karim, 32. Mereka dilaporkan hilang sejak 30 Ogos ketika berada di Banting untuk urusan pembelian tanah.

Mereka didakwa dibunuh dis ebuah ladang kelapa sawit di Banting. Polis telah menahan lapan orang termasuk peguam berpangkat datuk berhubung pembunuhan tersebut.

Ketua Wanita PKR Zuraidah Kamaruddin, berkata tragedi menimpa Sosilawati itu satu lagi episod pencabulan terhadap wanita di negara ini.

Jika sebelum ini negara digemparkan dengan kematian ngeri model terkenal dari Mongolia Altantuya Shaariibuu yang dibunuh kejam dengan letupan bom beberapa tahun lalu, kini episod itu berulang namun skrip dan individu yang terlibat adalah berbeza.

"Perasaan hormat kepada kaum Hawa semakin hari semakin terhakis. Jika dulu kematian ngeri membabitkan model Altantuya Shaariibuu kini Sosilawati.

"Peristiwa pembunuhan kejam dan zalim itu tidak wajar dan ini dengan jelas menunjukan bahawa tahap keselamatan rakyat di negara ini khususnya wanita makin tidak terjamin," katanya yang juga Ahli Parlimen Ampang.

Selain Altantuya dan Sosilawati beliau turut merujuk kepada pembunuhan seorang lagi mangsa wanita seperti Mustakhizah pada 14 November 1988.

Beliau berkata Polis Diraja Malaysia (PDRM) gagal memainkan fungsinya bagi menyelesaikan beberapa kes pembunuhan melibatkan wanita tersebut.

"Masihkah kita ingat kes pembunuhan Mustakhizah. Jenayah ini berulang lagi hari ini akibat kegagalan kita sendiri memilih kerajaan yang telus, berwibawa, amanah yang tidak mempergunakan institusi kerajaan untuk kepentingan peribadi.

"Sikap lepas pandang dan tidak komitednya PDRM dalam membuat siasatan dan kegagalan menangkap penjenayah sebenar dalam kes Altantuya, menyebabkan ada pihak yang begitu berani mengambil kesempatan atas ketidakmampuan PDRM menyelesaikan kes pembunuhan tersebut dan juga beberapa kes lain yang melibatkan wanita," katanya.

Zuraidah berharap agar tindakan tegas diambil PDRM serta ketua polis yang baru dilantik, Tan Sri Ismail Omar agar perubahan langsung dapat dibawa agar keamanan dan keselamatan rakyat terus terjamin.

Beliau mahu agar siasatan segera dilakukan agar pelaku jenayah tersebut dihadapkan ke muka pengadilan.

22 ulasan:

lisa berkata...

My condolence to the victims' family... This is so unexpected to have such cruel crime being commited in Malaysia. First Altantuya, and now Sosilawati.. sigh.

Unknown berkata...

Sungguh kejam perbuatan pembunuh2x tersebut. Pastikan mereka dihukum setimpal kesalahan mereka!

Bujang Senang berkata...

bukan PKR saja, malah mana-mana parti dan rakyat juga mengutuk dengan pembunuhan ini. Hukum mereka pesalah dengan hukuman berat.

Unknown berkata...

perbuatan terkutuk terhadap jutawan kosmetik tersebut juga melibatkan pembunuhan beberapa kaum lelaki. apa nak jadi dengan Malaysia hari ini????

Unknown berkata...

pembunuhan kejam semakin menjadi-jadi dan apa tindakan PDRM terhadap tragedi ini???

Paquin berkata...

Takziah pada keluarga si mangsa. Harap si pembunuh dapat balasan yg setimpal!

Paquin berkata...

Semoga pihak berkuasa dapat menyelesaikan isu ni secepat mungkin. Nasib mangsa harus dibela.

Tanpa Nama berkata...

adakah puncanya disebabkan kegagalan kita memilih kerajaan?? saya harap PKR tidak mempolitikkan isu ini untuk kepentingan parti sendiri. bolehkah PKR memberi jaminan kepada lebih 28 juta rakyat Malaysia bahawa tidak akan berlaku jenayah di Malaysia jika PR mengambil alih kerajaan?? kalau tidak berani bagi jaminan, jangan mempertikaikan kerajaan dalam isu ini dan jangan mempolitikkan jenayah kejam ini.

Unknown berkata...

"Perasaan hormat kepada kaum Hawa semakin hari semakin terhakis. Jika dulu kematian ngeri membabitkan model Altantuya Shaariibuu kini Sosilawati."

Takziah buat keluarga arwah. Semoga keadilan dan keselamatan terhadap kaum Hawa akan sentiasa dipertingkatkan.

Tanpa Nama berkata...

takziah kepada keluarga mangsa dan saya harap tiada pihak terutamanya dikalangan ahli2 politik campur tangan dalam kes ini. beri laluan kepada pihak berkuasa menjalankan tugas mereka..

azman berkata...

semua orang pun mengutuk pembunuhan kejam tersebut. penjenayah tersebut perlu dikenakan hukuman yang berat.

Anak Sabah berkata...

Semua orang sedang kutuk perbuatan kejam ini. Diharapkan perkara ini akan disiasat dan keadilan akan ditegakkan.

mantra berkata...

pembunuhan ini amat kejam, pembunuh tak boleh dilepaskan, ia perlu diberi hukuman yg setimpal.

Tanpa Nama berkata...

semua pihak mengutuk tindak kejam tersebut. hukuman tegas perlu dikenakan terhadap pesalah yang melakukan jenayah berkenaan.

pihak pembangkang pula janganlah cuba mengatakan ini berlaku akibat kegagalan kita sendiri memilih kerajaan yang telus,.....". pembangkang tidak perlu mengatakan sedemikian.

mandau berkata...

pembunuhan kejam ini dikutuk oleh semua pihak, tak sangka ada manusia yng begitu kejam sekali. pembunuh harus diberi hukuman yng setimpal.

Antanum berkata...

Pelbagai kejadian kes bunuh yang melibatkan orang2 ternama sejak kebelakangan ini. kepada yang masih lagi berada diluar sana, berhati-hati la kalau boleh dapatkan khidmat pengawal peribadi untuk menjaga keselamatan diri. Tidak ada apa lagi yang boleh kita lakukan hanya berharap agar roh mereka diletakkan di tempat yang sepatutnya.

kb girl berkata...

Kedua kes yang diutamakan Wanita PKR yang melibatkan dua wanita ini mengemparkan Malaysia, malahan seluruh dunia.
Kes 'high profile' ini harus diselesaikan segera agar integriti polis kita tidak terjejas.

Unknown berkata...

Seluruh rakyat Malaysia mengutuk pembunuhan kejam baik terhadap wanita atau lelaki, orang tua atau muda.

Unknown berkata...

Perlu ada makanisma melindungi kaum wanita yang selalu dijadikan mangsa kekejaman.

Unknown berkata...

Pembunuhan yang dilakukan terhadap mangsa yang tidak berupaya amat kejam dan tidak berperikemanusiaan.
Kita mengutuk seberat suara.

captain berkata...

Bagi sesiapa yang mendengar berlakunya kes sebegini yang menyayat hati, tiada lain sama-sama mengutuk pembunuhan kejam ini.

Unknown berkata...

Dosa yang dilakukan keatas orang yang tidak berdosa sama besar dosa yang dilakukan keatas manusia sejagat.