BERNAMA | ||
|
Abdul Khalid berkata, "Adalah amat jelas terdapat konflik kepentingan dan beliau sepatutnya membuat deklarasi untuk mengelak pelanggaran etika tatacara memberi sokongan untuk mendapatkan kontrak."
Apabila seseorang ahli majlis menulis surat sokongan, beliau perlu mengisytiharkan jika pihak yang terlibat adalah pihak daripada keluarga yang terdekat, iaitu isteri, anak-anak ataupun adik-beradik.
Selain menyemak dakwaan salah guna kepala surat dalam pengeluaran surat sokongan yang melibatkan ahli majlis di MPK, laporan itu bertujuan menilai sejauh mana penggunaan surat sokongan di MPK memberi kesan terhadap pengurusan perolehan MPK, katanya.
Abdul Khalid berkata beliau telah menggunakan budi bicara beliau sebagai Menteri Besar mengikut Seksyen 2c Akta Rahsia Rasmi 1972 untuk mengklassifikasikan semula laporan audit ini agar boleh diedar kepada orang ramai.
Beliau berkata secara keseluruhannya semakan audit mendapati surat sokongan tidak menjadi asas kepada pertimbangan dalam pemilihan kontraktor syarikat bagi menjalankan kerja yang dikeluarkan MPK."
Semakan audit terhadap 54 fail sebutharga dan tender di Jabatan Taman dan Rekreasi serta 45 fail sebutharga di Jabatan Kejuruteraan MPK mendapati pemilihan kontraktor dibuat berdasarkan prosedur sebut harga dan tender yang ditetapkan, katanya.
Jabatan Audit turut membuat beberapa cadangan kepada MPK antaranya sentiasa mematuhi garis panduan tindakan ke atas sokongan yang diterima daripada pemimpin kerajaan negeri, individu berpengaruh atau mana-mana orang mengenai sesuatu urusan kerajaan seperti yang dikeluarkan oleh Jabatan Perdana Menteri Malaysia, katanya.
Beliau berkata para exco, ADUN dan ahli majlis hendaklah mengelak daripada mempengaruhi atau memberi tekanan kepada pengurusan MPK bagi membolehkan keputusan dibuat secara telus.
Laporan audit itu juga mencadangkan supaya ahli majlis tidak dilantik sebagai ahli lembaga perolehan pihak berkuasa tempatan, katanya.
Empat belas syarikat yang disokong oleh Liu dan Tee Boon Hock telah mendapat kontrak kerja MPK bermula 2008 hingga 2010, manakala tiga syarikat yang disokong Tee pula mempunyai alamat berdaftar yang sama.
Terdapat 16 surat sokongan telah dikeluarkan oleh Liu dan tujuh kontrak kerja bernilai lebih RM700,000 telah diperoleh oleh syarikat yang disokong beliau sepanjang 2008 hingga tarikh semakan, katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan