Selasa, 14 September 2010

SKMM Tubuh Pasukan Khas Tangani Hasutan Perkauman Di Internet

BERNAMA

JELEBU: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia(SKMM) telah menubuhkan sebuah pasukan khas bersama polis untuk menangani ancaman terhadap keselamatan dan perpaduan negara menerusi internet, kata Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim.

Beliau berkata, sejak awal tahun ini, SKMM telah menerima 533 aduan mengenai salahguna kemudahan internet khususnya rangkaian sosial seperti Facebook dan Twitter.

"Dari 533 aduan itu, 26 peratus merupakan aduan mengenai percubaan merosakkan perpaduan kaum di negara ini," katanya ketika berucap pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri anjuran kementeriannya di Kuala Klawang di sini malam, Ahad.

"Berdasarkan aduan ini, kerajaan berpendapat sudah tiba masanya untuk membuat tindakan tegas kerana (ada) pihak telah ingkar dengan nasihat kita. Sudah sampai masanya...kalau tidak soal perkauman ini akan sentiasa dipermainkan," katanya.

Rais berkata, kerajaan tidak menyalahkan Facebook atau Twitter kerana medium ini sepatutnya boleh diguna untuk meninggikan tamadun negara, sebaliknya ada pihak cuba meranapkan perpaduan sedia ada.

Kira-kira 7,000 orang menghadiri majlis itu yang diselang seli dengan persembahan nyanyian, tarian serta penyampaian bantuan kepada warga Jelebu yang mengalami kesusahan. -

15 ulasan:

samm berkata...

ini langkah bagi menangani hasutan perkauman di internet. yang penting langkah bagi mengekalkan perpaduan negara perlu diambil.

Hosie Masie berkata...

Tindakkan SKMM ini memang patut dilaksanakan dengan penghasutan perpaduan kaum yang dilakukan melalui internet. Mereka yang terlibat ini haruslah diberikan hukuman yang berat dengan kesalahan yang mereka lakukan.

Anak Sabah berkata...

Ya, terutamanya orang yang bernama Luca Lucas itu yang menghina rakyat Sabah.

Tanpa Nama berkata...

SKMM mmg patut melakukan pemantauan terhadap salah guna internet yang boleh mejejaskan perpaduan kaum dinegara kita. tindakan tegas perlu diambil terhadap mereka yang menghasut dan mencuba memecah belahkan perpaduan di negara kita.

Hamdan Hadillah berkata...

Pesaukan yang ditubuhkan oleh SKMM ini memang satu cadangan yang baik untuk menangani masalah yang dihadapi dalam jenayah internet ini. harap dengan tertubuhnya pasukan ini akan dapat menyelesaikan masalah penghasutan melalui internet ini.

Tanpa Nama berkata...

jangan lepas tangan terhadap setiap aduan yang diterima. mainkan peranan dan buktikan kepada rakyat bahawa SKMM serius menangani ancaman terhadap keselamatan dan perpaduan negara menerusi internet.

Tanpa Nama berkata...

pengguna laman sosial juga perlu bertanggungjawab dan jangan sesekali mencabar usaha2 kerajaan dan pihak berkuasa dalam menangani ancaman seperti ini. jangan sesekali mengulagi atau mencipta sejarah hitam kalau diri sendiri tidak mampu menghadapinya.

madd berkata...

ini langkah yang baik. pemantauan terhadap salah guna kemudahan internet memang perlu dilakukan bagi mengekalkan perpaduan.

Tanpa Nama berkata...

pengguna laman sosial tak harus salah guna dgn menghasut ataupun menimbulkan isu2 bersifat perkauman. SKMM perlu memantau hal ini.

Unknown berkata...

saya sokong tindakan SKMM untuk menangani individu-individu yang menyalahguna kebebasan media.

Unknown berkata...

hasutan perkauman adalah isu besar yang boleh menimbulkan ketegangan antara masyarakat di Malaysia. ia wajar ditangani dan tindakan tegas perlu diambil terhadap semua pengguna internet seperti facebook dan twitter1!

Antanum berkata...

Mungkin satu tindakan yang positif agar dapat mengurangkan tekanan dan jurang antara kaum. Kepada orang ramai, tolong jangan terpengaruh dengan mana2 pihak yang cuba untuk memainkan isu perkauman kerana ini hanya akan menyebabkan permusuhan dan tidak akan menguntungkan mana2 pihak.

mike berkata...

diharap agar pasukan khas ini akan berfungsi dengan efektif dan efisen menangani jenayah siber..

mike berkata...

mereka yang cuba mengugat perpaduan dan keharmonian kaum di negara ini harus dihukum..diharap dengan adanya pasukan khas ini, kestabilan dan keharmonian yang kita nikmati sekarang akan lebih terjamin..

mike berkata...

Luca Lucas yang telah menghina rakyat Sabah harus dihukum di bawah akta ISA..harap SKMM akan bertindak dengan sewajarnya..