Selasa, 14 September 2010

Senjata cangkuk diguna bunuh Sosilawati

ANGGOTA forensik bersama jam tangan (dalam bulatan) yang ditemui ketika mencari bukti kes bunuh Sosilawati di Sungai Kanchong Laut.

BERITA HARIAN ONLINE

BANTING: Senjata berbentuk cangkuk sepanjang 30 sentimeter dikatakan digunakan untuk membunuh jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga individu lain sebelum mangsa dibakar dan abu mayat mereka dibuang ke dalam sungai di Ladang Gadong, Tanjung Sepat di sini.

Perkara itu didedahkan salah seorang suspek berusia dalam lingkungan 20-an semalam, yang turut membawa polis ke tempat senjata berkenaan dan beberapa barang peribadi mangsa dibuang di bawah jambatan Sungai Kanchong Laut.

Dalam operasi bermula jam 4.30 petang yang turut mendapat bantuan Unit Penyelam Pasukan Gerakan Marin, polis bagaimanapun hanya menjumpai seutas jam tangan dipercayai milik seorang mangsa, manakala cangkuk berkenaan gagal ditemui.

“Pasukan penyelam yang mencari semua bahan bukti itu, termasuk senjata terbabit, menghadapi kesukaran kerana air sungai terlalu keruh dan cetek,” katanya.

Beliau berkata, operasi mencari bahan bukti itu terpaksa dihentikan, kira-kira 7 malam berikutan keadaan gelap.

Kelmarin, polis menemui beberapa spesimen, termasuk tulang dipercayai milik mangsa yang dibuang dalam Sungai Mesuk dan Panchau. Beberapa barang peribadi mangsa turut ditemui daripada beberapa suspek dan di tempat kejadian, termasuk jam tangan Sosilawati.

Pembunuhan kejam Sosilawati, 47, bersama pemandunya, Kamaruddin Shansuddin, 44, pegawai CIMB Bank cawangan Kampung Baru, Noorhisham Mohammad, 38 dan peguamnya, Ahmad Kamil Abdul Karim, 32, terbongkar selepas lapan suspek termasuk seorang peguam bergelar Datuk dan adiknya juga seorang peguam, ditahan bagi membantu siasatan berhubung kehilangan mangsa sejak 30 Ogos lalu.

Sementara itu, tinjauan di firma peguam terbabit di Jalan Sultan Alam Shah di sini, mendapati premis itu ditutup dan diletakkan garisan polis, petang semalam.

Difahamkan, premis itu adalah lokasi terakhir semua mangsa dilihat sebelum dibunuh dan dibakar di ladang milik suspek.

Sumber memberitahu firma guaman itu dipercayai lokasi urus niaga di antara suspek dan mangsa dilakukan sebelum ini, manakala tinjauan di rumah suspek utama di Taman Cempaka di sini mendapati ia tidak berpenghuni dan berkunci.

Dalam perkembangan berkaitan, ibu bapa dua beradik peguam itu dipercayai tiba di tanah air malam kelmarin selepas sebulan bercuti di India sebaik dimaklumkan mengenai penahanan kedua-dua anak mereka.

15 ulasan:

Anak Sabah berkata...

Saya harap perkara ini akan mendapat penjelasan yang baik dan pihak polis akan berusaha menegakkan keadilan untuk mangsa-mangsa ini.

samm berkata...

kes ini merupakan kes pembunuhan yang kejam. mereka yang bersalah perlu mendapat hukuman yang setimpal dengan kesalahan mereka.

Tanpa Nama berkata...

satu pembunuhan amat kejam, pembunuh perlu diberi hukuman berst.

Hamdan Hadillah berkata...

Sungguh kejam pembunuhan yang dilakukan oleh mereka ini. Harap penyiasatan akan dapat diselesaikan denga cepat untuk memberikan hukuman yang kepada pesalah ini.

Tanpa Nama berkata...

jangan ada pembunuh yang terlepas dari hukuman gantung dan tidak perlu ada campur tangan dalam kes ini terutamanya ahli2 politik. beri laluan kepada pihak berkuasa melaksanakan tugas mereka.

Unknown berkata...

Sungguh kejam perbuatan mereka!Pastikan hukuman itu setimpal dengan kesalahan pembunuh itu.

Jason berkata...

Pastikan pembunuh itu ditangkap dan dihukum setimpal dengan kesalahan mereka.

madd berkata...

kejadian ini amat menyedihkan. semua pihak pun pasti mengutuk pembunuhan kejam ini.

Tanpa Nama berkata...

mengapa perlu membunuh sehingga begitu kejam sekali? pembunuh tersebut tak boleh dilepaskan, dia perlu diberi hukuman berat.

Unknown berkata...

Diharapkan kesemua bukti dijumpai dan cukup untuk mensabitkan kesalahan kepada saspek2 tersebut. Jangan ada lubang untuk mereka terlepas. Seluruh negara mengharapkan keadilan sebagai pengajaran kepada yang lain.

Unknown berkata...

tahniah PDRM kerana melaksanakan tugas dengan baik. semoga semua yang terlibat dalam kegiatan kejam ini dibawa ke muka pengadilan..

Unknown berkata...

sangat sukar nak percaya ada juga perkara seperti ini berlaku di negara kita

Paquin berkata...

Entah apa mo jadi sama dunia sekarang. Di Malaysia lagi tu, huhuhu

Paquin berkata...

Semoga pembunuh tu dapat hukuman yang setimpal. Tegakkan keadilan utk si mangsa.

Antanum berkata...

Kesian, memang kesian, apa yang terjadi mungkin ada hikmah disebaliknya. Semoga Roh mereka ditempatkan ditempat orang2 yang beriman. Orang ramai lebih perlu berhati2 dan jadikan kejadian ini sebagai contoh...