Sabtu, 11 September 2010

Saman boleh dibayar di pejabat pos

BERITA HARIAN ONLINE

SUBANG JAYA: Orang ramai boleh membayar saman trafik di pejabat pos di seluruh negara mulai November ini, kata Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Kong Cho Ha.

Bagaimanapun, katanya, Kementerian Pengangkutan sedang mengadakan perbincangan mengenai caj tambahan yang mungkin dikenakan oleh Pos Malaysia untuk khidmat tambahan yang diberikan itu.

“Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Pos Malaysia sudah bertemu untuk berbincang mengenainya dan keperluan mengenakan caj tambahan sebelum ia dilaksanakan kelak.

“Kita yakin kaedah ini akan memudahkan orang ramai menjelaskan saman di samping memberi pilihan kepada mereka untuk melaksanakan tanggungjawab itu,” katanya pada sidang media selepas menghadiri Kempen Majlis Advokasi Khas Keselamatan Jalan Raya di Plaza Tol Subang di sini, semalam.

Hadir sama Ketua Pengarah Lembaga Lebuh Raya Malaysia, Datuk Ir Ismail Md Salleh; Ketua Pengarah Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR), Datuk Suret Singh; Ketua Pegawai Operasi Plus Expressways Berhad (Plus), Nik Airina Nik Jaafar dan Pengarah Urusan Plus, Noorizah Abd Hamid.

Tiada ulasan: