Rabu, 8 September 2010

Pusat Perlindungan Bagi Mangsa Kes Memperdagangkan Orang

BERNAMA

MELAKA: Kementerian Dalam Negeri telah mewujudkan pusat perlindungan bagi menempatkan mangsa kes memperdagangkan orang sebelum menghantar mereka pulang ke negara asal mereka, kata Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Wira Abu Seman Yusop.

Beliau berkata tiga pusat tersebut bagi mangsa lelaki terletak di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur di Sepang, Bekenu di Sarawak dan di Melaka.

Tiga buah pusat bagi mangsa wanita dan kanak-kanak pula yang dikendalikan oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat terletak di Likas, Sabah dan dua di Kuala Lumpur termasuk satu yang khusus untuk kanak-kanak, katanya kepada pemberita selepas menyampaikan elaun dan kuih hari raya kepada petugas Pusat Perlindungan Memperdagangkan Orang di Tanjung Keling di sini malam Rabu.

Abu Seman berkata rumah perlindungan di Tanjung Keling yang mula beroperasi sejak 15 Ogos lepas kini menempatkan 68 orang mangsa yang terdiri daripada 33 warga Bangladesh, Sri Lanka (25), Vietnam (8) dan India (2).

15 ulasan:

Logop berkata...

Hopefully they'll be send back home safely.

madd berkata...

lakukan lah apa yang perlu untuk memberi perlindungan kepada mangsa pemerdagangan orang. masalah pemerdagangan orang juga perlu dibendung bagi mengelakan pekara ini menjadi lebih serius pada masa akan datang.

Anak Sabah berkata...

Pusat perlindungan ini wajar ditubuhkan. Perdagangan manusia adalah perbuatan yang kejam dan tidak berperikemanusiaan, mangsa perdagangan manusia perlu diberi bantuan dan dihantar balik semula ke negara asal.

Leo berkata...

Such a relieve to know that there are such pusat perlindungan exist to help the victims.

Tanpa Nama berkata...

yang penting pastikan pusat perlindungan itu selesa dan cukup untuk menampung bilangan mangsa..

Unknown berkata...

Ini adalah satu tindakan yang terpuji oleh pihak kerajaan.

Tanpa Nama berkata...

pusat seperti ini amat baik bagi melindungi mangsa pemerdagangan orang. kegiatan pemerdagangan orang mesti dibasmi.

Bujang Senang berkata...

keselamtan mereka terjaga sebelum dihantar pulang kenegara masing-masing.

joey berkata...

langkah mewujudkan pusat perlindungan ini baik. mangsa pemerdagangan orang sememangnya perlu dibantu.

Tanpa Nama berkata...

Pusat ini memang patut ada bagi menempatkan mereka yang menjadi mangsa kes memperdagangakan orang. Di sana mereka ditempatkan sebelum dihantar pulang kenegara masing-masing. Pastikan mereka ini terjaga dari segi kesihatan dan juga keselamatan.

Bi berkata...

Segalanya akan berjalan dengan lancar jika semuanya diatur dengan baik dan tepat.

mike berkata...

adalah wajar pusat perlindungan bagi mangsa pemerdagangan orang diwujudkan..diharapkan agar kebajikan mereka dijaga dan dihantar pulang ke negara asal dengan selamat.

mike berkata...

aktiviti pemerdagangan orang di negara kita harus dibanteras habis-habisan..

Paquin berkata...

Kesian ba mangsa2 ni. Mereka berhak dilindungi dan pastikan mereka selamat balik ke tempat asal.

Paquin berkata...

Semoga kegiatan pemerdagangan manusia ni dapat dihapuskan.