Jumaat, 10 September 2010

Pemaju dan Syabas disaman berhubung tanah runtuh di Bukit Antarabangsa

SINAR HARIAN ONLINE

KUALA LUMPUR - Keluarga seorang veterinar yang terbunuh semasa kejadian tanah runtuh di Taman Bukit Mewah, Bukit Antarabangsa di Ampang, dua tahun lalu, memfailkan satu saman kecuaian berjumlah RM1.73 juta terhadap pemaju kawasan perumahan dan sebuah syarikat bekalan air.

Dua lagi penduduk kawasan perumahan itu, ahli perniagaan Datuk Amanullah Mohamed Yusoof, dan pemilik rumah Harveen Kaur Balbhir Singh juga memfailkan saman yang sama dengan menamakan Superview Development Sdn Bhd dan Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas).

Mereka menuntut kerugian terhadap harta benda mereka berikutan kegagalan defendan pertama mengambil langkah-langkah secukupnya bagi menghalang tanah runtuh manakala defendan kedua pula atas kegagalan menyelenggara paip air yang aktif di dalam dan di sekitar lereng bukit.

Tiada ulasan: