Isnin, 20 September 2010

MB Selangor Minta Polis Tambah Anggota.

SELANGOR KINI

KUALA LUMPUR- Jumlah anggota polis yang membuat rondaan perlu diperbanyakkan bagi mengatasi masalah jenayah yang meruncing berlaku di Selangor.

Itu saranan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim untuk menurunkan kadar jenayah yang semakin meningkat.

Tan Sri Khalid berkata, kita mesti memperbanyak jumlah anggota polis yang keluar membuat rondaan kerana buat masa ini jumlah anggota polis tidak mencukupi.

“Tetapi mereka telah mengambil inisiatif dengan kemasukan pelatih baru bagi menyelesaikan masalah tersebut,” katanya.

Disamping itu, bagi Tan Sri Khalid Ibrahim jalinan kerjasama antara polis dan juga pihaknya adalah penting bagi menangani isu tersebut.

“Kerjasama polis dengan kita adalah penting juga penglibatan jawatankuasa penduduk dalam usaha ini.

“Jadi semua ini perlu bekerjasama yang mana apabila mereka ini berwaspada,dapatlah kita mengawal kadar jenayah,” tambah Tan Sri Khalid Ibrahim.

Beliau berkata demikian semasa menghadiri Jamuan Aidilfitri terbuka Ahli Parlimen Batu,Tian Chua yang diadakan semalam.

Kes kematian Datuk Sosilawati dan tigayang lain mengejutkan banyak pihak bahawa jenayah ganas semakin meningkat mutakhir ini.

Tiada ulasan: