Rabu, 15 September 2010

Lembaga Pelabuhan Klang gagal ketepi saman firnah

BERNAMA

KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi di sini hari ini menolak permohonan Lembaga Pelabuhan Klang (LPK) untuk mengetepikan saman fitnah yang difailkan oleh Kuala Dimensi Sdn Bhd (KDSB) berhubung penyiaran laporan audit PricewaterhouseCoopers (PwCAS) Advisory Services Sdn Bhd, yang mempunyai kaitan dengan Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ).

Hakim Datin Zabariah Mohd Yusof berkata semua isu yang dibangkitkan dalam saman utama perlu diputuskan melalui proses perbicaraan.

Selepas mendengar penghujahan kedua-dua pihak kira-kira dua jam dalam kamarnya, beliau menolak permohonan LPK dengan kos RM15,000 dan memerintahkan supaya perkara itu diputuskan dalam perbicaraan penuh.

Beliau menetapkan 22 November bagi pengurusan kes di hadapan seorang timbalan pendaftar Mahkamah Tinggi.

Tiada ulasan: