Selasa, 7 September 2010

Lelaki Colombia paling pendek di dunia

SABAH DAILY

BOGOTA - Seorang lelaki Colombia, Edward Nino Hernandez berumur 24 tahun yang setinggi 70 sentimeter (sm) disahkan oleh Guinness World Records sebagai manusia paling pendek di dunia.


Dia mengatasi rekod lama yang dipegang rakyat China, He Pingping yang setinggi 74sm dan meninggal dunia pada 13 Mac lalu.

Ibu Nino, Noemi Hernandez, 43, berkata, anak sulungnya daripada lima beradik itu yang kini seberat 10 kilogram (kg), dilahirkan dengan berat hanya 1.5kg dan setinggi 38sm serta tidak pernah membesar selepas berusia dua tahun.

Nino mempunyai seorang teman wanita berusia 18 tahun dan setinggi 1.5 meter, Fanny.

Lelaki paling pendek di dunia itu kini bekerja sebagai penari di sebuah pasar raya selain berlakon dalam sebuah filem mengenai samseng dadah.

Menurut ibu bapa Nino, doktor-doktor tidak dapat menjelaskan punca yang menyebabkan dia menjadi rendah.

"Saya berasa gembira kerana saya unik," kata Nino semasa diwawancara pada Jumaat lalu.

Nino bagaimanapun mempunyai masalah kesihatan iaitu katarak pada kedua-dua matanya yang menyebabkan penglihatannya menjadi kabur dan memerlukan pembedahan segera.

Kos pembedahan itu tidak mampu dibiayai oleh ibu bapanya.

Ibu bapa Nino pernah kehilangan seorang anak perempuan yang ketinggiannya sama sepertinya pada 1992 yang meninggal dunia semasa berumur setahun.

Namun, rekod itu dijangka kekal lama apabila seorang warga Nepal, Khagendra Thapa Magar yang berukuran 56sm bakal diiktiraf Guinness sebagai remaja paling pendek di dunia apabila dia berumur 18 tahun pada 14 Oktober depan. - AP

7 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

lelaki ini sungguh unik, akhirnya dia dpt gelaran lelaki paling pendek di dunia.

Mahsiran berkata...

memang tidak disangka begitu rendah. Boleh dikatakan orang kerdil sudah ini.

Kurt berkata...

"Saya berasa gembira kerana saya unik,"- Edward Nino Hernandez

Those who do not appreciate themselves should really learn something from Edward.

zam berkata...

walau pun unik, yang penting Nino gembira dengan dirinya...

Antanum berkata...

Sangat comel, May God Bless him..

Paquin berkata...

Comelnya:) Ciptaan Tuhan sememangnya indah :)

Anak Sabah berkata...

Setiap orang dilahirkan berbeza, kita perlu belajar terima dan menghormati perbezaan mereka.