Jumaat, 10 September 2010

Jualan Utusan Tergugat, Rakyat Gelisah Pemberitaan Propaganda

Oleh Taf4

Walaupun dijual pada harga semurah RM1.50 senaskah, angka dari laporan Biro Audit Pengedaran 2009 melaporkan jualan Utusan Malaysia susut dari 213,445 naskah sahaja pada 2006 kepada 169,548 nashkah setakat Disember tahun lalu. "Akhbar arus perdana terus mengalami kemunduran selepas para pembaca beralih ke ruang internet untuk berita-berita terkini, tepat dan adil bagi memuaskan dahaga maklumat mereka.

Bahkan, Utusan Malaysia tidak lagi layak mendakwa dirinya penyebar fikiran rakyat selepas penjualan akhbar itu terus corot, dan menjunam 21 peratus sepanjang lima tahun kebelakangan ini.

Malah, dalam masa sesingkat enam bulan sahaja, jualan Utusan telah turun sebanyak 11,798 naskah.

Meskipun begitu, jualan Utusan Malaysia terhad dalam lingkungan Lembah Klang semata-mata, dengan Selangor dan Wilayah Persekutuan mencatatkan jualan hanya 59,812 nashkah dalam tempoh enam bulan dari 1 Julai 2009 hingga 31 Disember tahun yang sama.

Selain dari jualan susut di seluruh negara, Utusan Malaysia tidak mendapat sambutan di luar Lembah Klang, seraya menguja persoalan apakah propaganda Utusan Malaysia sekadar menjadi bahan penghibur hati pemerintah.

Turut dirudung malang adalah akhbar Berita Harian, New Straits Times dan The Star. Menurut laporan biro, edaran The Star jatuh 7.4 peratus dari 310,000 kepada 287,000, New Straits Times 20 peratus dari 139,000 kepada 111,000, dan Berita Harian 24 peratus dari 204,000 kepada 155,000 sahaja.

Hanya Sin Chew yang mencatatkan lonjakan 18 peratus dari 324,000 kepada 382,000 naskah.

Harian Metro dan terbitan Ahad akhbar itu menewaskan semua pencabarnya dengan jualan yang kukuh. Meskipun dijual pada harga RM1.50 dan RM1.80, sudah 358,368 dan 404,994 terjual berbanding 249,575 dan 263, 649 sahaja pada 2006.

TV Selangor difahamkan orang-ramai umumnya bosan dengan drama politik dan mengesyaki media arus perdana tidak telus dan dikawal oleh kerajaan. Tinjauan Merdeka Center mendapati 54 peratus orang Melayu dan 55 peratus orang Melayu tidak mempercayai laporan media.

Tiada ulasan: