Ahad, 12 September 2010

Halim Saad Juga Terlibat Rompak Wang Negara


Malaysia Today juga bersiap-sedia untuk menyiarkan dokumen yang membutirkan salahlaku di syarikat kaitan UMNO UEM-Renong yang didahulunya diketuai oleh seorang lagi kroni kepada mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Halim Saad (foto), telah dituduh merompak perbendaharaan negara dengan mengenakan harga yang melampaui untuk kontrak-kontrak pembinaan.

“Mereka ini adalah sekutu-sekutu Tajudin, berkerjasama untuk mendedahkan salahlaku-salahlaku yang telah berlaku. Mereka adalah boneka Umno. Mereka mahu mendedahkan Tun Dr Mahathir Mohamad,” kata Raja Petra.

“Bahkan, Perdana Menteri Najib Tun Razak memberi restu kepada Tajudin Ramli, Rahman Maidin dan Halim Saad untuk bersuara dan menuding jari pada Umno, Dr Mahathir dan Tun Daim Zainuddin sebagai penyangak sebenar yang merompak berbilion ringgit wang rakyat”, katanya.

[Bukan itu sahaja, pada 5 September, Malaysia Today menyiarkan rencana mendakwa rakan golf Najib, Tan Kay Hock yang menguasai saham di Johan Holdings Bhd, meminta RM500 juta dari pegawai-pegawai Kerajaan China yang mendapat kontrak untuk membina projek laluan keretapi nasional.

Mereka diberitahu bahawa RM200 juta adalah untuk keluarga Najib. Menurut Raja Petra, sistem keretapi negara akan menjadi punca pendapatan baru untuk Najib.

Urusniaga membekalkan koc keretapi bernilai RM1.4 bilion dikatakan diraih oleh syarikat Rosmah Mansor. Koc-koc itu dikatakan berharga RM300 juta sahaja, dan tidak berfungsi.

Inilah bukti penyelengan besar yang dilakukan oleh Najib dan kroni-kroninya sebelum beliau bergelar PMM lagi. Oleh itu, rakyat perlu sedar akan perkara ini serta tidak wajar berdiam diri melihat segala apa yang berlaku di depan mata mereka sekarang.

Wajarlah kerajaan yang dipimpin oleh Najib dijatuhkan dalam pilihanraya umum akan datang].

Tiada ulasan: