Sabtu, 11 September 2010

BN Sarawak muktamadkan senarai calon pilihan raya negeri

BERNAMA

KUCHING – Barisan Nasional (BN) Sarawak sedang memuktamadkan senarai calonnya untuk pilihan raya negeri akan datang, kata Pengerusi BN Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud.

Katanya, beliau masih menunggu parti komponen BN negeri untuk membuat penilaian sendiri dan memuktamadkan calon mereka pada pilihan raya negeri berkenaan.

Taib (gambar), yang juga Presiden Parti Pesaka Bumiputera (PBB), tunjang BN Sarawak, berkata beliau telah mengenal pasti 70 peratus daripada calonnya untuk pilihan raya negeri akan datang.

Dalam PBB, calon muka baru akan menggantikan beberapa penyandang yang “sedia berundur dengan sukarela”, katanya kepada pemberita di majlis rumah terbuka Hari Raya yang diadakan di Pusat Konvensyen Borneo Kuching di sini.

Antara penyandang yang menawarkan diri untuk tidak bertanding ialah bekas Menteri Muda Hamden Ahmad, iaitu penyandang bagi kerusi Belawai dan bekas Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri Bolhasan Di (penyandang bagi kerusi Beting Maro).

Tiada ulasan: