Rabu, 22 September 2010

Blogger pencacai Umno dayus

Mohd Sabri Said

BUTTERWORTH: Ketua Angkatan Muda Keadilan Pulau Pinang, Amir Ghazali membidas sikap blogger tajaan Umno yang tidak putus-putus menjadi 'pencacai' kepada kepimpinan parti itu yang terlalu kecewa ekoran kekalahan teruk yang dialami pada Pilihan raya Umum ke-12 lalu.

Senario itu baginya, jelas menampakkan pemimpin Umno dan BN semakin dayus untuk bertemu secara berdepan dalam forum yang sememangnya memberi peluang untuk mengkritik dasar kerajaan negeri.

"Kepimpinan Umno jelas dayus kerana terus memperkudakan blogger yang inginkan publisiti tanpa mengetahui kesan terhadap perpaduan kaum di Malaysia," katanya.

Sehubungan itu, Pemuda Pakatan Rakyat negeri semalam membuat laporan yang meminta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) Wilayah Utara menyiasat segera dakwaan yang tidak berasas sebagaimana yang disiarkan dalam blog pisau.net pada 17 dan 19 September lalu kononnya pemberikan wang ehsan RM100 kepada warga emas hasil wang judi.

Ketua Dapsy, Ng Wei Aik berkata, artikel yang diterbitkan dua kali itu masing-masing bertajuk 'Gempar! Wang Ehsan 100, Warga Emas Makan Duit Judi?' dan 'Kerajaan Negeri Tak Jawap, Boleh Percayakah Guan Eng' merupakan satu lagi fitnah dan tohmahan yang tidak munasabah.

"Umno sebenarnya sudah hilang modal dan sanggup lemparkan fitnah dan tohmahan yang tidak masuk akal," ujarnya.

Kerajaan negeri yang berjiwa rakyat sambungnya, tidak sekali-kali memperkudakan rakyat dengan pemberian wang hasil yang haram.

SKMM, tegasnya, wajar mengambil tindakan terhadap blogger pisau.net kerana sengaja mencipta isu untuk merosakkan imej Kerajaan Negeri Pulau Pinang.

"SKMM kena segera melakukan siasatan berkenaan supaya tiada lagi blogger begitu berani memainkan isu yang tidak berasas dan berbaur fitnah," terangnya yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Komtar.

Ketua Dewan Pemuda PAS negeri, Ustaz Yusni Mat Piah juga menyifatkan dakwaan blogger itu untuk meniupkan api kebencian orang Melayu terhadap kepimpinan Ketua Menteri.

"Rakyat jangan terpedaya dengan dakyah buruk Umno yang terlalu bencikan perpaduan yang ditunjukkan dalam Pakatan Rakyat," katanya.

14 ulasan:

Anak Sabah berkata...

Blogger tidak sepatutnya menyebar maklumat ataupun khabar angin yang tidak berdasar untuk mendapatkan publisiti murahan. Terutamanya sengaja mengungkit isu sensitif yang akan merosakkan perpaduan.

Tanpa Nama berkata...

tak kisah mana2 blogger sekalipun, mereka tk harus menyiarkan maklumat yang tidak benar, berunsur fitnah dan boleh merosakkan perpaduan di negara kita. berilah maklumat yang benar dan bermanfaat kepada semua. itu lebih baik.

Mahsiran berkata...

saya pun tidak pasti semua ini. Tapi kalau ikut PR pun sama juga lah itu membuat fitnah dengan blogger. Kerana ada yang memberikan cerita yang tidak benar dan hanya sekadar untuk menarik orang ramai supaya berpaling tabah.

joey berkata...

mana-mana bloger sekalipun perlulah menyampaikan maklumat tepat dan benar sahaja.

gambir berkata...

Blogger sepatutnya memberikan maklumat yang tepat dan tidak pada andai ataupun khabar angin yang hanya akan merosakkan perpaduan di negara ini.

gambir berkata...

Utamakan perpaduan, blogger yang inginkan publisiti tanpa mengatahui perpaduan kaum di Malaysia janganlah menyampaikan maklumat yang berunsurkan fitnah dan sebagainya.

2718 berkata...

Amir Ghazali patut tampil dengan hujah2 yang menjawab persoalan yang ditimbulkan oleh blogger umno itu. bukannya menggunakan isu kekalahan PRU12 atau hilang modal bla bla bla.. Amir dan DAP patut jelaskan dari mana sumber kewangan yang diggunakan sebagai wang ehsan itu. Mengunakan wang kerajaan negeri yang kononnya sumbangan dari DAP untuk kepentingan parti politik adalah salah.

2718 berkata...

bukan fitnah jika ada fakta dan bukan juga fitnah jika PR tidak mampu menjawab semua dakwaan yang dicetuskan oleh blogger umno ini.

Unknown berkata...

kenapa salahkah sekiranya mereka menceritakan kebenaran, sebenarnya mereka saja menafikan kebenaran dalan blogger tersebut dan memberikan alasan itu adalah fitnah semat-mata. Jangan mahu menuduh bukan-bukan, PR sendiri tidak sendar diri dengan kelakuan yang mereka lakukan.

Unknown berkata...

Blogger yang memutar-belitkan kebenaran dengan perkataan atau mengubahsuai gambar-gambar dengan niat yang jahat patut dikutuk.
SKMM harus bertindak tanpa kira latar belakang mereka.

captain berkata...

Kebenaran tetap kebenaran. Sesiapa yang putar belit kan kebenaran akan menerima hukuman setimpa yang menantinya diakirat.

Unknown berkata...

Pembohongan itu jika diulang berpuluh kali akan dipercayai oran.

Paquin berkata...

Blogger pun kenalah profesional bah. Jangan sebarkan sesuatu ikut sedap bahasa ja, nanti lain pula kejadiannya. huhu

Paquin berkata...

Siasatlah hal ni dulu. Belum tentu pun blogger tu blogger umno. Takkanlah sikit2 pun terus kunun umno punya salah.. hhhmm