Ahad, 10 Januari 2010

Makkal Sakti bergolak, bincang pecat Thanenthiran



Kemelut Parti Makkal Sakti, parti dilancar Okt lalu, memasuki bab baru hari ini dengan kumpulan mencabar kepimpinan R Thanenthiran sedang mengadakan pertemuan bagi memecat beliau dari parti itu.

Berdasarkan salah satu usul yang dibahaskan Thanenthiran dikehendaki menghadiri mesyuarat jawatankuasa pusat 17 Jan ini untuk menjawab tuduhan mencemarkan imej parti itu.

Kumpulan itu memanggil mesyuarat jawatankuasa pusat hari ini dan perjalanan mesyuarat ini disaksikan oleh wakil-wakil media dan pemerhati lain.

Mesyuarat bermula pukul 10 pagi selepas tidak dihadiri Thanenthiran.

Berbanding mesyuarat yang dipanggil 19 Dis lalu pertemuan pagi ini diadakan di ibu pejabat parti ini di bangunan Pusat Worldwide Business di Shah Alam.

Pada bulan lalu mesyuarat diadakan di bawah khemah di pekarangan bangunan itu selepas pejabat parti dikunci.

Mesyuarat 19 Dis lalu memberi peluang kepada Thanenthiran sama ada meletakkan jawatan atau digulingkan menerusi mesyuarat agung khas, dan jika meletakkan jawatan akan dilantik sebagai penasihat.

Thanenthiran beberapa kali telah menolak desakan melepaskan kedudukannya.

Mesyuarat jawatankuasa pusat hari ini dihadiri oleh 13 anggotanya, dari kumpulan mencabar Thanenthiran.

Kumpulan ini diketuai oleh timbalan presidennya. Mesyuarat hari ini juga dihadiri setiausaha agung parti, R Kannan. -MI

Tiada ulasan: