Rabu, 6 Januari 2010

Keputusan mahkamah mana kes Dr Asri dibicara 25 Januari

BERITA HARIAN ONLINE


SHAH ALAM: Keputusan sama ada kes bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin, mengajar agama tanpa tauliah akan didengar di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur atau Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam, akan diumumkan pada 25 Januari ini.

Hakim Mohammad Adib Husain menetapkan tarikh itu selepas mendengar hujah pendakwa Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) dan peguam Dr Mohd Asri pada satu prosiding di sini sebentar tadi.

Jais memohon semakan semula keputusan Hakim Syarie, Wan Mahyuddin Wan Muhammad di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur yang sebelum ini menolak permohonan pendakwaan untuk memindahkan kes itu ke Mahkamah Tinggi.

Tiada ulasan: